Memaparkan catatan dengan label 2017. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2017. Papar semua catatan

Majlis Anugerah Cemerlang 2017 SK Jalan Selangor 1

November 18, 2017 Add Comment


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada warga sekolah Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor  (1) terutama kepada para pelajar yang menerima anugerah cemerlang pada hari tersebut. Tak lupa juga kepada guru-guru yang banyak menyumbang kepada kecemerlangan pelajar di sekolah.

Turut memeriahkan majlis anugerah cemerlang pada hari tersebut ialah para ibubapa pelajar dan AJK PIBG sekolah. 

TARIKH : 16 NOVEMBER 2017 
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SK JALAN SELANGOR (1)
MASA : 9.00 PAGI - 12 TENGAHARI



Sambutan Hari Kanak-kanak 2017

November 07, 2017 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari Kanak-kanak Sedunia disambut pada 20 November setiap tahun, namun sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah tahun ini disambut lebih awal.

ACARA : SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 9.00pagi - 12tengahari
JEMPUTAN : GURU-GURU, MURID-MURID & IBUBAPA

Pelbagai aktiviti telah disusun oleh guru-guru yang terlibat bagi memeriahkan acara sambutan tersebut. Setiap murid perlu memakai baju mengikut tema yang diberikan untuk setiap kelas. Kemeriahan sambutan diserikan lagi dengan persembahan dari murid-murid darjah satu hingga darjah enam, disusuli dengan persembahan magic oleh Mr. Clown yang telah dijemput oleh pihak sekolah.

Selain persembahan tarian, terdapat juga beberapa acara pertandingan untuk murid-murid yang mengambil bahagian. Akhir sekali, penyampaian hadiah kepada murid yang menang.




Gambar Kelas 2017

Oktober 06, 2017 Add Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sesi persekolahan 2017 semakin menghampiri ke penghujungnya. Sebelum murid-murid dan guru-guru bercuti panjang, gambar kelas bersama guru-guru masing untuk tahun ini diharap dapat menjadi kenangan manis dan terindah untuk diabadikan.

Murid-murid darjah 1 sehingga darjah 6 bersama-sama guru kelas masing-masing terlibat dalam sesi bergambar ini.

Kelas 1 Cempaka
 
Kelas 2 Dahlia

Majlis Sambutan Hari Raya

Julai 19, 2017 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

ACARA : MAJLIS JAMUAN HARI RAYA
TARIKH : 14 JULAI 2017
TEMPAT : BADMINTON COURT SKJS (1)
MAKANAN : POTLUCK OLEH MURID-MURID DAN GURU-GURU

Majlis jamuan raya diraikan dalam suasana penuh meriah oleh semua murid SKJS (1) dan guru-guru. Setiap murid membawa pelbagai jenis makanan dan kuih-muih untuk disajikan kepada rakan-rakan mengikut kelas masing-masing.

Kemeriahan raya tahun ini turut diserikan lagi dengan pakaian indah dan berwarna warni yang dipakai oleh semua murid dan guru. Turut dipertandingkan ialah pertandingan pakaian tercantik dan 6 orang murid telah dipilih sebagai pemenang.

Selain itu, majlis sambutan raya turut diserikan lagi dengan persembahan tarian lagu raya oleh murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.



4 Mawar

Sambutan Hari Guru 2017

Mei 19, 2017 Add Comment


Assalamualaikum selamat sejahtera 

Satu hari yang istimewa buat warga pendidik seluruh negara kerana pada tarikh 16 Mei setiap tahun, guru-guru kita akan diraikan atas pengorbanan dan penat lelah mereka dalam mendidik anak-anak kita untuk cemerlang di sekolah.

Tema Hari Guru untuk tahun ini ialah "Guru Pembina Bangsa Negara". Tugas guru sememangnya semakin mencabar di zaman ini, dimana guru-guru kita perlu mempunyai kreativiti dan inovasi untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadi lebih berkesan.

Sambutan Hari Guru di sekolah pada tahun ini turut diserikan lagi dengan pemberian hadiah dan kad ucapan dari murid-murid untuk guru-guru yang amat dikasihi. Bagi memeriahkan sambutan Hari Guru, semua guru telah memakai pakaian seragam sekolah seperti murid-murid lain.



Pertandingan Kalam Jamaie Daerah Petaling Utama 2017

Mei 19, 2017 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tahun ini, Pertandingan Kalam Jamaie disertai oleh 26 buah sekolah rendah sekitar daerah Petaling Utama. Ia dianjurkan oleh PPD Petaling Utama, dan Encik Mohd Zainuddin Mohd Zain dari PPD telah hadir sebagai perasmi dalam majlis penutup pertandingan.

Tema pertandingan tahun ini ialah "Al Quran asas pembinaan ilmu dan pembentukan akhlak"dan disertai oleh murid-murid tahun 4 hingga 6.

SKJS (1) telah menghantar 16 orang peserta dari Tahun 4 hingga Tahun 6 untuk menyertai pertandingan ini.

ACARA : PERTANDINGAN KALAM JAMAIE 2017
PERINGKAT : DAERAH PETALING UTAMA
TARIKH : 13 MEI 2017
MASA : 8.00PAGI
TEMPAT : SK KAMPUNG TUNKU



Pelancaran Bilik FROG VLE Oleh Y.B P. Kamalanathan

Januari 24, 2017 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

ACARA : MAJLIS PELANCARAN BILIK FROG VLE 
TARIKH : 19 JANUARI 2017
TEMPAT : BILIK FROG, SKJS (1)
TETAMU KEHORMAT : TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN, Y.B DATUK P. KAMALANATHAN

Pendokong utama yang menjayakan impian para pelajar disini pastinya Yayasan YTL dengan kerjasama beberapa bank tempatan yang menyumbang kepada kos pembinaan bilik FROG VLE seperti RHB, OCBC, AmBank, MAYBANK dan UOB serta syarikat korporat lain. Terima kasih kerana menyediakan kemudahan chromebook dan akses internet untuk para pelajar sejak ia mula diperkenalkan tiga tahun lepas.

Lebih bersejarah lagi, majlis pelancaran diserikan dengan kehadiran Y.B P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1 yang turut merasmikan bilik FROG. 

Untuk rekod, SK Jalan Selangor (1) adalah antara sekolah perintis yang menggunakan Bilik Bestari Frog VLE yang sejak mula diperkenal pada 2013 oleh Yayasan YTL.



Persiapan Menjelang Hari Pelancaran Bilik FROG VLE

Januari 17, 2017 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Menjelang Hari Pelancaran Bilik FROG VLE yang akan berlangsung pada 19 Januari 2017, guru-guru dan murid-murid SKJS (1) telah bekerja keras menyiapkan tugasan seminggu sebelumnya bagi memastikan kelancaran majlis pada hari bersejarah buat sekolah itu.

Kerjasama ini turut disertai oleh wakil dari YTL Foundation yang juga merupakan penyumbang terbesar kepada kemudahan chromebook serta jaringan internet untuk kemudahan guru-guru dan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran FROG VLE di sekolah.