Memaparkan catatan dengan label Bantuan Persekolahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bantuan Persekolahan. Papar semua catatan

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) UNTUK SEMUA MURID

Disember 23, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baru-baru ini, dalam pembentangan Bajet Mini 2023, kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibubapa. Justeru, dibawah disertakan soalan lazim berkaitan dengan BAP sebagai makluman kepada semua ibubapa.





Majlis Penyerahan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100

Februari 07, 2018 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, bantuan awal persekolahan RM100 bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah akan diteruskan pada tahun ini. Pada 30 Januari yang lepas, majlis penyerahan wang bantuan RM100 telah berlangsung di pejabat sekolah.

Para pelajar yang menerima wang bantuan RM100 terdiri dari pelajar-pelajar Tahun 2 sehingga Tahun 6 yang layak. Terima kasih diucapkan kepada unit HEM dan guru-guru yang menjayakan majlis penyerahan bantuan ini.

PROGRAM : PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN
TARIKH : 30 JANUARI 2018 (SELASA)
MASA : 9.00PAGI - 12.00TGHARI
TEMPAT : PEJABAT SEKOLAH


Penyerahan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (BKPA1M) Bagi Tahun 2018 (Fasa 1)

Januari 29, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu surat makluman tentang penyerahan wang bantuan khas awal persekolahan telah dikeluarkan pada 26 Januari 2018 bagi mereka yang layak. Surat tersebut telah diedarkan kepada murid-murid berkenaan untuk diserahkan kepada ibubapa/penjaga. Ibubapa/penjaga hendaklah datang ke sekolah membawa bersama salinan kad pengenalan ketika mengambil wang bantuan di sekolah.

AKTIVITI : PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN (RM100)
TARIKH : 30 JANUARI 2018 (SELASA)
MASA : 9.00PAGI
TEMPAT : PEJABAT