Memaparkan catatan dengan label Hari Guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Guru. Papar semua catatan

Selamat Hari Guru 2021

Mei 16, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Walaupun kita masih berjuang dalam 'peperangan' memerangi wabak Covid-19 dan masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ingatan terhadap warga pendidik tidak pernah dilupakan. 


Meski sudah 2 tahun tiada sambutan di sekolah-sekolah seluruh negara, namun ucapan 'SELAMAT HARI GURU' dan terima kasih cikgu tanggal 16 Mei setiap tahun tanda tidak pernah dilupakan bagi meraikan penghargaan di atas jasa dan bakti para guru dan pendidik seluruh negara.


Justeru, warga SKJS(1) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK SELURUH NEGARA, KHUSUSNYA PARA GURU SKJS(1) SELANGOR.




Tema sambutan sempena Hari Guru 2021 ialah BERGURU DEMI ILMU BINA GENERASI BAHARU. Kepada murid-murid SKJS(1), hargai dan sayangilah guru-guru anda dan ibubapa berilah sokongan padu agar kita sama-sama dapat membina generasi baharu yang berilmu dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Selamat Hari Guru 2020

Mei 16, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tanggal 16 Mei 2020 adalah tarikh istimewa buat semua warga pendidik di negara ini kerana hari ini ialah Hari Guru peringkat kebangsaan. Walaupun tahun ini tiada sambutan Hari Guru berikutan penutupan sekolah yang bermula sejak 18 Mac sehingga kini, tapi ucapan dan penghargaan dari ibubapa dan semua rakyat Malaysia kepada warga pendidik tetap meriah dan bermakna.

Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu yang sangat bertepatan dengan tanggungjawab dan peranan para guru di masa kini. 


Sambutan Hari Guru 2019

April 30, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sambutan Hari Guru yang tidak pernah dilupakan setiap tahun, telah disambut sedikit awal pada tahun ini bagi menghormati bulan Ramadan yang bakal tiba serta meraikan guru-guru di sekolah dalam suasana lebih meriah.

Tema sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun ini ialah, 

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

MAJLIS : SAMBUTAN HARI GURU 2019
TARIKH : 29HB APRIL 2019 (ISNIN)
TEMPAT : SKJS(1), PJ


Raikan Guru Sempena Hari Guru 2018

Mei 16, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Tarikh 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh istimewa bagi warga  pendidik seluruh negara kerana pada hari tersebut adalah Hari Guru peringkat kebangsaan.

Sek. Keb Jalan Selangor (Satu) tidak ketinggalan meraikan guru-gurunya sempena Hari Guru pada Isnin lepas dengan pelbagai aktiviti menarik dan jamuan makan sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan usaha mereka mendidik anak-anak kita di sekolah. 

Untuk makluman, tema Hari Guru bagi tahun 2018 ialah 'Guru Pemacu Transformasi Pendidikan'. 

MAJLIS : SAMBUTAN HARI GURU 2018 SKJS(1)
TARIKH : 14 MEI 2018
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD


Sambutan Hari Guru 2017

Mei 19, 2017 Add Comment


Assalamualaikum selamat sejahtera 

Satu hari yang istimewa buat warga pendidik seluruh negara kerana pada tarikh 16 Mei setiap tahun, guru-guru kita akan diraikan atas pengorbanan dan penat lelah mereka dalam mendidik anak-anak kita untuk cemerlang di sekolah.

Tema Hari Guru untuk tahun ini ialah "Guru Pembina Bangsa Negara". Tugas guru sememangnya semakin mencabar di zaman ini, dimana guru-guru kita perlu mempunyai kreativiti dan inovasi untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadi lebih berkesan.

Sambutan Hari Guru di sekolah pada tahun ini turut diserikan lagi dengan pemberian hadiah dan kad ucapan dari murid-murid untuk guru-guru yang amat dikasihi. Bagi memeriahkan sambutan Hari Guru, semua guru telah memakai pakaian seragam sekolah seperti murid-murid lain.