Memaparkan catatan dengan label MBPJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MBPJ. Papar semua catatan

Majlis Anugerah NILAM 2022

Disember 06, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Tahniah dan syabas diucapkan pada adik Kirtana Jayaganesh yang telah menerima anugerah NILAM dalam satu majlis yang dianjurkan oleh MBPJ dan PPD Petaling Utama dengan kerjasama Petaling Jaya Learning City.


ACARA: MAJLIS ANUGERAH NILAM 2022

TARIKH : 6HB DISEMBER 2022

TEMPAT : DEWAN SIVIK, MBPJ




Penyerahan Geran Komuniti Daripada Datuk Bandar Petaling Jaya

Disember 03, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baru-baru ini, SKJS (1) telah menerima Geran Komuniti untuk projek Taman Sumber dan Hidroponik dari pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ). Penyerahan 'mock cheque' disampaikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya dan diterima oleh Guru Besar, Pn. Sabariah.


Tahniah buat SKJS (1) dan seribu penghargaan kepada guru-guru yang telah menyiapkan kertas kerja projek serta AJK PIBG terutama En. Jayaganesh yang telah memperkenalkan geran komuniti ini kepada pihak sekolah. 








Anugerah Premis Bersih 2018

November 01, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Kebersihan adalah salah satu kunci kejayaan. Baru-baru ini, kantin sekolah telah mendapat pengiktirafan dari Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) iaitu Anugerah Permis Bersih 2018.

Anugerah itu diadakan sebagai penghargaan dan mengiktiraf pengusaha premis makanan yang mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti makanan. 

kredit : fb MBPJ

Karnival Sukan Remaja | Bola Jaring Hantar Pasukan

April 24, 2018 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pasukan bola jaring sekolah telah menyertai pertandingan bola jaring di Karnival Sukan Remaja anjuran MBPJ pada 20 - 20 April 2018. Acara berlangsung di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya bermula pada pukul 7.30pagi.

Tujuan penyertaan ini adalah bertujuan sebagai pendedahan awal dan pengalaman baru untuk pasukan bola jaring sekolah memantapkan lagi kemahiran dan melihat sejauh mana potensi pemain-pemain.




Program Kem Kesedaran Alam Sekitar MBPJ SIRI 3/2017

Oktober 17, 2017 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dua buah sekolah rendah telah terpilih untuk mengikuti rombongan yang dianjurkan sepenuhnya oleh MBPJ. Seramai 20 orang pelajar yang terdiri dari pelajar Tahun 4,5 & 6 telah diiringi oleh 2 orang guru sepanjang program Kem Kesedaran Alam Sekitar selama 3 hari 2 malam di MS CHEMERKAU CHEKAS CHALET HULU DONG, RAUB, PAHANG.