Memaparkan catatan dengan label PIBG 2018. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PIBG 2018. Papar semua catatan

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2018

November 22, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak sekolah tidak ketinggalan meraikan sambutan Hari Kanak-kanak yang disambut setiap 20hb November. Untuk tahun 2018, sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah diadakan pada 21 November 2018 bersamaan dengan hari Rabu.

ACARA : SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
TEMPAT : PAVILION SEKOLAH
MASA : 9.00pagi - 12tengahari
JEMPUTAN : GURU-GURU, MURID-MURID & IBUBAPA



Pelbagai aktiviti telah disusun oleh guru-guru yang terlibat bagi memeriahkan acara sambutan tersebut. Setiap murid perlu memakai baju mengikut tema yang diberikan, dan pada tahun ini temanya ialah Kain Sarong Batik.

Selain persembahan tarian, terdapat juga beberapa acara pertandingan untuk murid-murid yang mengambil bahagian. Akhir sekali, penyampaian hadiah kepada murid yang menang.

Jamuan Akhir Tahun 2018

November 21, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini, sekolah dengan kerjasama AJK PIBG telah berjaya mengadakan satu jamuan akhir tahun untuk meraikan para guru (BAKAF) dan barisan AJK PIBG dalam satu jamuan yang sederhana namun meriah.

Majlis ini turut memberi penghargaan kepada para guru dan ajk-ajk PIBG serta pihak pentadbiran sekolah dengan acara cabutan hadiah bertuah dan sijil serta piala penghargaan. 

Barisan AJK PIBG sekolah turut menerima hadiah penghargaan dari sekolah dan cenderahati sumbangan ikhlas dari kalan rakan AJK ibubapa sendiri.


Program Iftar Jamie 2018 Bersama Ibubapa & Warga SKJS(Satu)

Mei 30, 2018 2 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramadan yang kunjung tiba buat sekian kalinya menjanjikan barakah buat kita semua. Ketibaannya memang ditunggu oleh seluruh umat Islam kerana Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan ketenangan dan keharmonian.

Justeru, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SK Jalan Selangor (Satu)  telah mengaturkan beberapa program bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar, para guru dan kakitangan menjalani ibadah puasa dengan lebih bersemangat dan penuh ketakwaan.

Antaranya, Program Iftar Jam'ie yang telah selamat berlangsung baru-baru ini. Syukur alhamdulillah sambutan majlis berbuka puasa ini berjalan lancar dan dipermudahkan.

Raikan Guru Sempena Hari Guru 2018

Mei 16, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Tarikh 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh istimewa bagi warga  pendidik seluruh negara kerana pada hari tersebut adalah Hari Guru peringkat kebangsaan.

Sek. Keb Jalan Selangor (Satu) tidak ketinggalan meraikan guru-gurunya sempena Hari Guru pada Isnin lepas dengan pelbagai aktiviti menarik dan jamuan makan sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan usaha mereka mendidik anak-anak kita di sekolah. 

Untuk makluman, tema Hari Guru bagi tahun 2018 ialah 'Guru Pemacu Transformasi Pendidikan'. 

MAJLIS : SAMBUTAN HARI GURU 2018 SKJS(1)
TARIKH : 14 MEI 2018
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD


Kemeriahan Kejohanan Bowling Guru & Ibubapa SKJS(1) Di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid

Mei 07, 2018 1 Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada hari Sabtu yang lepas, telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Bowling Guru & Ibubapa bertempat di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid. Acara yang julung-julung kali diadakan atas inisiatif PIBG & para guru SKJS(1) ini telah berjaya menarik penyertaan ibubapa yang sangat sporting dan tinggi semangat kesukanan.

Di samping itu, tujuan utama acara bowling ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah silaturrahim antara ibubapa dan para guru dalam suasana lebih santai dan mesra.

ACARA : KEJOHANAN BOWLING GURU & IBUBAPA SKJS(1)
TARIH : 5HB MEI 2018
MASA : 3.30PM - 5.30PM
TEMPAT : SUNWAY MEGA LANES, SUNWAY PYRAMID
PENYERTAAN : IBUBAPA & GURU-GURU SKJS(1)

Kemeriahan Gerai Jualan Di Hari Kejohanan Sukan Tahunan

April 20, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Sempena kejohanan sukan tahunan SKJS(1) yang ke-47, PIBG sekolah telah memberi peluang kepada ibubapa yang berminat untuk membuka gerai jualan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dimana sebanyak 6 buah gerai telah dibuka pada hari sukan.

Pelbagai jenis makanan dijual pada hari tersebut seperti nasi lemak, mihun goreng, kek cawan, sandwich telur, sosej goreng, rojak buah, air kotak, air mineral, makaroni goreng dan banyak lagi.



Mesyuarat PIBG SKJS(1) Kali ke-45

Februari 26, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2018 telah diadakan pada hari Sabtu yang lepas. Tahun ini, walaupun tiada pemilihan AJK PIBG baru dibuat (pemilihan AJK dibuat 2 tahun sekali seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44) namun kehadiran ibubapa/penjaga masih kurang memberangsangkan berbanding tahun-tahun lepas. 

Pendaftaran ibubapa dibuat seawal jam 8.00pagi di perkarangan sekolah sebelum diminta masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat tentang FROG VLE. Pada pukul 9.00pagi majlis dimulakan.



Acara : MESYUARAT AGUNG PIBG SKJS(1) KALI KE-45
Tarikh : 24 FEBRUARI 2018
Tempat : Dewan Zamrud SKJS(1)
Waktu : 9.00pagi - 12.00tghari
Perasmi : Dato' Ir. Haji Manan Bin Amir (Khairi Consult Sdn Bhd)

Surat Jemputan & Notis Mesyuarat Agung PIBG SKJS (1) Kali Ke-45

Januari 19, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45 akan diadakan pada 24 Februari 2018 bertempat di Dewan Zamrud SKSJ(1). Satu surat jemputan telah dikeluarkan pada 17 Januari 2018 dan telah diedarkan kepada murid-murid untuk diberikan kepada ibubapa/penjaga.

Turut disertakan bersama surat adalah borang jawapan kehadiran dan notis usul untuk ibubapa/penjaga membuat sebarang cadangan atau usul yang akan dibangkitkan ketika mesyuarat agung nanti.

Borang jawapan hendaklah dikembalikan kepada guru masing-masing sebelum atau pada 30 Januari 2018.





Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim

AJK PIBG SKJS(1) 2017/2018

Mac 17, 2017 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


PIBG sekolah menjadi saluran terbaik bagi menyampaikan hasrat dan harapan ibubapa dalam menjadikan kejayaan anak-anak murid satu realiti. Selain itu, dengan terbentuk PIBG di sekolah, hubungan baik dua hala antara ibu bapa dan guru-guru dapat dikekalkan disamping kedua-dua pihak bekerjasama memberikan komitmen tinggi untuk melihat pelajar cemerlang dalam pendidikan dan kegiatan kokurikulum di sekolah.
Segala aktiviti dan program yang dirancang perlu mendapat kerjasama dari ibubapa agar perancangan yang telah disusun untuk murid-murid berjalan lancar. 
Oleh itu, AJK PIBG yang dilantik perlu bekerjasama memastikan komunikasi dua hala antara ibubapa dan guru-guru dapat menyumbang kepada kebaikan dan untuk manfaat khususnya kepada murid-murid.



Barisan AJK PIBG 2017/2018

Yang Dipertua PIBG
Puan Hamidah Binti Jaafar

Naib Yang Dipertua PIBG
Puan Airudiza

Setiausaha
Cik Syafiqah Binti Mat Yusuf

Bendahari
En. Sarvana Raj a/l Chinniah


AJK GURU : 
  1. En. Fakhrulazmi Bin Tukiran
  2. Puan Hindon Binti Juli
  3. Puan Pathmolosini a/p Arnasalam
  4. Cik Nor Alia Binti Mohd Amin (berpindah)
  5. Puan Faridah Sapian

AJK IBUBAPA :
  1. Puan Puspa
  2. Puan Hanim
  3. En. Rashid
  4. En. Jayakobi
  5. Puan Hasmiza

JURUAUDIT GURU : Puan Rokiah Binti Ahmad
JURUAUDIT IBUBAPA : En. Shamsol Azizi

Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim