Memaparkan catatan dengan label PSS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PSS. Papar semua catatan

Majlis Anugerah NILAM 2022

Disember 06, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Tahniah dan syabas diucapkan pada adik Kirtana Jayaganesh yang telah menerima anugerah NILAM dalam satu majlis yang dianjurkan oleh MBPJ dan PPD Petaling Utama dengan kerjasama Petaling Jaya Learning City.


ACARA: MAJLIS ANUGERAH NILAM 2022

TARIKH : 6HB DISEMBER 2022

TEMPAT : DEWAN SIVIK, MBPJ




Makluman Kem Kepimpinan 2020

Mac 11, 2020 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dimaklumkan bahawa Jumaat ini akan diadakan Program Kem Kepimpinan yang melibatkan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Satu surat makluman telah dikeluarkan dan diedarkan kepada murid untuk diberikan kepada ibubapa yang terlibat.

Surat lampiran adalah seperti dibawah.



Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber 2020

Februari 26, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

ACARA : MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS & PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI 2020
TARIKH : 24 FEBRUARI 2020
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD 

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber bagi sesi 2020. Majlis turut menyaksikan penyerahan sijil pelantikan yang disampaikan oleh Penolong Kanan 1, Puan Junaidah.

Selepas penyerahan sijil, semua murid membacakan ikrar pelantikan bersama-sama.

Penyampaian Hadiah Sempena Minggu Pusat Sumber

September 30, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu majlis penyampaian hadiah telah berlangsung pada bulan penghujung bulan September sempena Minggu Pusat Sumber yang berlangsung dari 23hb sehingga 27hb September 2019. Penyampaian hadiah adalah untuk pemenang dari pelbagai kategori pertandingan yang telah berlangsung sepanjang minggu tersebut.

MAJLIS : PENYAMPAIAN HADIAH MINGGU PSS
TARIKH : 30HB SEPTEMBER 2019



Pelancaran Program Nilam 2019

Mac 12, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bagi memupuk sikap suka membaca di kalangan murid-murid dan menggalakkan pemikiran secara kritis dan kreatif melalui pembacaan, Program Nilam 2019 telah dilancarkan baru-baru ini oleh Penolong Kanan 1, En. Mohd Khairee. 

Beberapa aktiviti akan dilaksanakan sepanjang Program Nilam ini berlangsung. Murid-murid dari Tahun 1 sehingga Tahun 6 telah mengambil bahagian dalam program ini.

PROGRAM : PROGRAM NILAM 2019
TARIKH : 8 MAC 2019 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
PENGLIBATAN : MURID TAHAP 1 & 2


Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber 2019

Februari 01, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

ACARA : MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS & PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI 2019
TARIKH : 28 JANUARI 2019
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD SKJS(1)

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber bagi sesi 2019. Majlis turut menyaksikan penyerahan sijil pelantikan yang disampaikan oleh Guru Besar SKJS(1).

Selepas penyerahan sijil, semua murid membacakan ikrar pelantikan bersama-sama.


Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) - Sains & Matematik

Julai 05, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS), beberapa aktiviti telah dirancang  untuk murid-murid oleh Panitia Sains & Matematik. 


PROGRAM : PANITIA SAINS & MATEMATIK
TARIKH : 4HB JULAI 2018 (RABU)
PESERTA : MURID TAHAP 1 & 2
CIKGU : CIKGU ROKIAH & CIKGU SYAFIQAH


Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) - Bahasa Melayu

Julai 04, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS), beberapa aktiviti telah dirancang  untuk murid-murid oleh Panitia Bahasa Melayu. Antaranya adalah pertandingan pidato Tahap 2.

PROGRAM : PANITIA BAHASA MELAYU
TARIKH : 3HB JULAI 2018 (SELASA)
PESERTA : MURID TAHAP 1 & 2
CIKGU : CIKGU FARIDAH & CIKGU ROZITA


Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) - English Fun Moment

Julai 03, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu ini merupakan Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan beberapa aktiviti telah dirancang  untuk murid-murid oleh panitia-panitia yang terlibat. 

Antaranya Panitia Bahasa Inggeris yang melaksanakan program English Fun Moment di sekolah untuk murid-murid Tahap 1 & 2

PROGRAM : ENGLISH FUN MOMENT
TARIKH : 2HB JULAI 2018 (ISNIN)
PESERTA : MURID TAHAP 1 & 2
CIKGU : CIKGU AHMAD, CIKGU SYAFIQAH, CIKGU JOTHI, CIKGU PATHMA, CIKGU ROZITA



Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber & Ketua Kelas 2018

Januari 25, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

ACARA : MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER & KETUA KELAS SESI 2018
TARIKH : 22 JANUARI 2018
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)


Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah terpilih untuk menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber bagi sesi 2018. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah buat murid-murid yang dipilih menjadi Ketua Kelas. Semoga yang terpilih dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah serta menjadi pelajar contoh kepada murid-murid lain di sekolah.

Majlis turut menyaksikan penyerahan sijil pelantikan yang telah disampaikan oleh Guru Besar SK Kebangsaan Jalan Selangor (Satu).

Selepas penyerahan sijil, semua murid membacakan ikrar pelantikan bersama-sama.