Memaparkan catatan dengan label Peringkat Negeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peringkat Negeri. Papar semua catatan

Program Ihya Ramadan Peringkat Negeri Selangor

Mei 13, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena bulan Ramadan yang mulia, sekolah telah menghantar wakil sekolah dari Persatuan Puteri Islam (PPIM) untuk hadir di Program Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Selangor.

Program yang berlangsung dari pagi sehingga petang ini turut diiringi oleh guru pengiring, ustazah Hindun.

PROGRAM : IHYA' RAMADAN 2019
PERINGKAT : NEGERI SELANGOR
TARIKH : 11HB MEI 2019 BERSAMAAN 6 RAMADAN (SABTU)
MASA : 8.00AM-2.00PM
TEMPAT : MASJID PUNCAK ALAM SELANGOR



Anugerah Pembestarian Sekolah 2018 (APS)

Mac 11, 2019 Add Comment

Assalamulaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru ini sekolah telah terpilih memenangi Anugerah Pembestarian Sekolah 2018 Kategori Pengurusan Makmal Komputer di SAM Bestari, Subang Jaya. SK Jalan Selangor (Satu) adalah antara 8 buah sekolah yang berjaya ke peringkat negeri dan mewakili PPD Petaling Utama.

Turut hadir sama di majlis penganugerahan tersebut ialah, Cikgu Sarvana Raj dan Guru Besar, Pn. Norliza Mohd Yusoff.

MAJLIS : ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH 2018
TARIKH : 6 MAC 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI, SUBANG JAYA
KATEGORI : PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER 


Pertandingan Boria & Sajak Peringkat Negeri Selangor 2018

Ogos 14, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Selangor 2018, SKJS(1) telah menghantar peserta bagi mewakili sekolah dalam 2 kategori pertandingan. Pertandingan tersebut ialah boria dan deklamasi sajak.

Program : Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah 2018 (PPDa)
Peringkat : Negeri Selangor
Tarikh : 11hb Julai 2018 (Sabtu)
Tempat : SMK Setia Alam, Selangor
Peserta : Boria (Murid Tahun 4&5) & Sajak (Adik Nadiah Bt Zamri Tahun 5)



Perkhemahan Puteri PPIM Sekolah Rendah Di Kem Nur Laman Bestari Eco Resort

April 16, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu aktiviti perkhemahan oleh Pergerakan Persatuan Puteri Islam Selangor telah diadakan di Kem Nur Laman Eco Resort, Ulu Yam Baru selama 3 hari 2 malam. Program perkhemahan ini disertai oleh 40 orang pelajar dari setiap daerah dan 4 orang guru pemimpin dari setiap daerah.

SKJS(1) turut menghantar 5 orang pelajar untuk mewakili sekolah diiringi oleh guru pengiring, Pn. Hindon.

AKTIVITI : PERKHEMAHAN PUTERI PPIM (SEKOLAH RENDAH)
TARIKH : 11 APRIL - 13 APRIL 2018
TEMPAT : KEM LAMAN NUR ECO RESORT, JALAN ULU YAM BARU
PERINGKAT : NEGERI SELANGOR
PENGLIBATAN PELAJAR : 5 ORANG PELAJAR & 1 GURU PENGIRING (PN. HINDON) 



Kejohanan Akuatik MSS Selangor 2018

Februari 13, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


Baru-baru ini telah berlangsung Kejohanan Akuatik Peringkat MSS Selangor yang diadakan di Pusat Akuatik MBSA, Shah Alam. Dua orang pelajar SKJS(1) telah mewakili sekolah dalam kejohanan yang berlangsung selama 3 hari bermula 6 Februari ini.

Dua pelajar tersebut ialah adik Qistina Shuhada Ramli dan adik Qisrina Syakirah Ramli. 

ACARA : KEJOHANAN AKUATIK MSS SELANGOR 2018
TARIKH : 6 FEBRUARI - 9 FEBRUARI 2018
TEMPAT : PUSAT AKUATIK MBSA, SHAH ALAM