Memaparkan catatan dengan label Ramadan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadan. Papar semua catatan

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SKJS1 2022

Mei 09, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


HARI       : Khamis

MASA     : 8.30 pagi

TEMPAT : Dewan Zamrud / live facebook di Page Musolla Raudhatul Jannah SKJS







Pautan penuh video :


https://www.facebook.com/watch/?v=676896960257895


Sebarang sumbangan untuk Musolla SKJS boleh dibuat melalui :

 

PIBG SK JALAN SELANGOR (SATU)

CIMB BANK

1248-0007024-05-7


*tulis rujukan (infaq musolla) 

Kolaborasi Bacaan Yasin Ramadan SK Jalan Selangor (Satu) & SK (2) Jalan Selangor 2022

April 25, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagi mendapatkan keberkatan dalam bulan Ramadan yang mulia, aktiviti diteruskan dengan majlis bacaan Yasin. Uniknya, tahun ini sekolah telah berkolaborasi dengan SK (2) Jalan Selangor bagi menjayakan program ini.


Majlis : Kolaborasi Bacaan Yasin SKJS(1) & SK(2) JALAN SELANGOR

Tarikh: 22 April 2022

Masa: 7:00 - 7:45 pagi

Tempat: GoogleMeet dan Dewan Zamrud






[PPIM] Majlis Tadarus Al-Quran Perdana 2019

Mei 28, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena Hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 22 Mei bersamaan dengan 17 Ramadan, Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah melangsungkan program Majlis Tadarus Al-Quran Perdana peringkat kebangsaan.

Pihak sekolah turut menghantar wakil PPIM bagi mengimarahkan lagi majlis tersebut. 

Program: Majlis Tadarus Al-Quran Perdana 2019
Tarikh : 22 Mei 2019 (Rabu) 17 Ramadan
Tempat : Darul Puteri Kuala Lumpur
Peringkat : Kebangsaan


Majlis Khatam Al-Quran

Mei 27, 2019 Add Comment

Assalamualaikum! Bagi mendapatkan keberkatan dalam bulan Ramadan yang mulia, aktiviti diteruskan dengan majlis khatam Al-Quran yang telah pun berlangsung dengan jayanya di sekolah. 

Seramai 30 orang pelajar yang terdiri dari pelajar-pelajar tahun 3,4,5 & 6 telah mengambil bahagian dalam majlis ini. Majlis turut dirasmikan oleh Guru Besar, Pn. Norliza dan dihadiri oleh YDP PIBG, Pn. Airudiza.


PROGRAM : MAJLIS KHATAM AL-QURAN
TARIKH : 24 MEI 2019
MASA : 8.45 PAGI HINGGA 10.15 PAGI
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
PERINGKAT : SEKOLAH

Aktiviti Bulan Ramadan

Mei 15, 2019 Add Comment

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Bulan Ramadan yang mulia bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Bulan yang penuh berkat dan rahmat ini juga perlu diisi dengan aktiviti-aktiviti yang baik dan menjadi contoh kepada pelajar lain. Justeru, sepanjang bulan Ramadan, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti tadarus al-Quran dan bacaan pagi yang disertai oleh guru-guru dan pelajar Tahap 2.

Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan diketuai oleh seorang guru yang akan memantau bacaan ayat-ayat al-Quran.


Makluman Cuti Sekolah Penggal Pertama Persekolahan 2018 Dan Hari Raya Aidilfitri 1439H

Jun 10, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan mula bercuti pada 9hb Jun sehingga 24hb Jun 2018.

Sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin bersamaan dengan 25hb Jun 2018. Berikutan itu, satu surat makluman telah pun diedarkan kepada semua murid untuk makluman ibubapa.



Di kesempatan ini, guru-guru, para pentadbir dan barisan AJK PIBG SKJS(1) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN dan SELAMAT BERCUTI kepada semua ibubapa dan murid SKJS(1) serta berhati-hati memandu ketika pulang ke kampung halaman.

Disediakan oleh : Hanim 

Program Iftar Jamie 2018 Bersama Ibubapa & Warga SKJS(Satu)

Mei 30, 2018 2 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramadan yang kunjung tiba buat sekian kalinya menjanjikan barakah buat kita semua. Ketibaannya memang ditunggu oleh seluruh umat Islam kerana Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan ketenangan dan keharmonian.

Justeru, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SK Jalan Selangor (Satu)  telah mengaturkan beberapa program bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar, para guru dan kakitangan menjalani ibadah puasa dengan lebih bersemangat dan penuh ketakwaan.

Antaranya, Program Iftar Jam'ie yang telah selamat berlangsung baru-baru ini. Syukur alhamdulillah sambutan majlis berbuka puasa ini berjalan lancar dan dipermudahkan.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadan 1439H/2018M

Mei 16, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pengumuman tarikh mula berpuasa telah pun diumumkan malam kelmarin, dan di sini seluruh AJK PIBG SKJS(1) ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SELURUH WARGA SKJS(1) YANG BERAGAMA ISLAM.

Semoga, anak-anak kita dipermudahan segalanya, kuat dan bersemangat untuk berpuasa di bulan Ramadan.