Memaparkan catatan dengan label Sekolah Rendah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah Rendah. Papar semua catatan

Makluman Waktu Persekolahan SK Jalan Selangor (1) 2022

Mac 17, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dibawah adalah makluman mengenai waktu persekolahan pembukaan bagi SK Jalan Selangor (1)  bagi sesi 2022 untuk makluman semua ibubapa. Diharap ibubapa dapat mengingatkan anak-anak untuk patuhi SOP dan membawa buku mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.




Taklimat E-Daftar Menengah (Tingkatan 1 : 2022)

Ogos 10, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pada 30hb Julai yang lepas, satu perjumpaan secara maya antara guru-guru dan ibubapa serta murid-murid Tahun 6 telah diadakan bagi memberi taklimat ringkas mengenai pendaftaran murid Tahun 6 ke Tingkatan 1 sesi 2022 di Google Meet .




Taklimat E-Daftar Menengah 

📆 :  30 Julai 2021

🗓️ : Jumaat 

⏰ : 9:00 mlm – 10:00 mlm

📲 : Google Meet 

Disampaikan oleh: 

En. Azidi Ghazali (PK HEM) 

Sasaran : Ibubapa & murid Thn 6S (2021)





Penutupan Sekolah Kerana Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

Mac 17, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah membuat kenyataan media rasmi berhubung perkembangan semasa wabak Covid-19 yang sedang melanda negara. 

Sehubungan itu, semua sekolah harian akan ditutup bermula 18 MAC SEHINGGA 31 MAC 2020.

UPDATE 25HB MAC 2020 : LANJUTAN TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) AKAN DISAMBUNG SEHINGGA 14HB APRIL 2020. OLEH ITU, SEKOLAH AKAN DITUTUP. HARAP MAKLUM.

Minggu Transisi Tahun 1

Februari 05, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada awal bulan Januari, murid-murid Tahun 1 telah selamat menjalani program Transisi Tahun 1 dengan jayanya. Program yang berlangsung lebih dua minggu ini telah mendedahkan murid-murid Tahun 1 dengan peraturan sekolah dan pembelajaran dalam bilik darjah.

PROGRAM : MINGGU TRANSISI TAHUN 1
TARIKH : 2HB SEHINGGA 22HB JANUARI 2020
PENGLIBATAN : MURID TAHUN 1


Semak Kehadiran Murid Ke Sekolah Secara Online

Januari 08, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mencipta inisiatif baru bagi memudahkan ibubapa menyemak kehadiran anak masing-masing ke sekolah secara online. Ibubapa hanya perlu mendaftar sebelum mendapatkan laporan kehadiran murid dari masa ke semasa atau secara bulanan.

Ibubapa perlu mendaftar dengan memasukkan butiran diri sebelum mendapatkan kata laluan atau password. Setelah berjaya mendaftar, ibubapa boleh ke halaman utama untuk login.


Gambar 1

Tarikh UPSR 2020

Januari 06, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tarikh Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2020 telah pun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan pada bulan Disember lepas.

Ibubapa boleh semak tarikh peperiksaan UPSR 2020 untuk makluman dan sebagai persiapan bagi anak-anak yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini.


Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia

Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2020

November 26, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari Orientasi Tahun 1 merupakan program tahunan sekolah yang diadakan setiap kali menerima kemasukan murid Tahun 1. Bagi SK Jalan Selangor (Satu), Hari Orientasi Tahun 1 telah pun berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu yang lepas di Dewan Zamrud.

PROGRAM : HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2020
TARIKH : 23 NOVEMBER 2019 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)

Sementara murid-murid beratur dan dibawa mengelilingi sekolah dan kemudian ke kelas, ibubapa diberikan taklimat tentang kaedah pembelajaran serta tayangan video tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di dalam Dewan.

Ini bagi memberi pemahaman kepada ibubapa tentang program PBD dengan lebih jelas. Selain itu, ibubapa dapat mengenal sekolah ini dan guru-gurunya dengan lebih baik bagi mewujudkan hubungan komunikasi dua hala yang efisien.

Selain sesi taklimat, ibubapa juga telah membuat pembayaran yuran dan penyemakan fail di bilik darjah murid-murid Tahun 1.


Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM

April 23, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru-baru ini, sekolah telah menghantar beberapa orang pelajar bagi menyertai Festival Nasyid Peringkat PPD Petaling Utama yang diadakan di SMK (L) Bukit Bintang. Sebanyak 8 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

PROGRAM : FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM
PERINGKAT : PPD PETALING UTAMA
TARIKH : 18HB APRIL 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : SMK(L)BUKIT BINTANG
GURU PENGIRING : USTAZAH HINDUN & USTAZ FAUZAN



AJK PIBG SKJS(1) 2019/2021

Mac 14, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pemilihan barisan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2019/2021 telah pun dibuat baru-baru ini melalui Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46. Tahun ini, pemilihan AJK baru adalah gabungan muka-muka lama dan baru dan diharapa dapat memberikan kerjasama padu dan komitmen yang baik kepada pihak sekolah.


Barisan AJK PIBG 2019/2021

Perlaksanaan Pentaksiran Untuk Murid Tahap 1

Januari 04, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selamat Tahun Baru 2019 diucapkan kepada semua warga sekolah SKJS (1) dan selamat kembali ke sekolah.

Pada bulan November tahun lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa bermula tahun ini, murid-murid Tahap 1 (Tahun 1,2 & 3) tidak perlu menduduki peperiksaan (awal tahun & akhir tahun), tapi akan digantikan dengan sistem pentaksiran Tahap 1 melalui 5 aktiviti di dalam bilik darjah.

Lima aktiviti tersebut ialah :

  1. Kuiz
  2. Permainan
  3. Main Peranan
  4. Bercerita
  5. Projek Mudah

Anugerah Premis Bersih 2018

November 01, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Kebersihan adalah salah satu kunci kejayaan. Baru-baru ini, kantin sekolah telah mendapat pengiktirafan dari Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) iaitu Anugerah Permis Bersih 2018.

Anugerah itu diadakan sebagai penghargaan dan mengiktiraf pengusaha premis makanan yang mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti makanan. 

kredit : fb MBPJ

Program UM Cares

Ogos 27, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu lepas telah berlangsungnya Program UM Cares yang dianjurkan oleh Universiti Malaya. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 4 & Tahun 5 yang turut didedahkan dengan pengetahuan berkenaan dengan haiwan-haiwan pembawa penyakit seperti nyamuk aedes, lalat hitam dan kutu.

PROGRAM : UM CARES
TARIKH : 16 OGOS 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : FAKULTI SAINS BIOLOGI, UNIVERSITI MALAYA
MASA : 8.00PAGI HINGGA 4.00PETANG
PESERTA : 30 ORANG PELAJAR