Memaparkan catatan dengan label Unit Bimbingan & Kaunseling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Unit Bimbingan & Kaunseling. Papar semua catatan

Makluman Kem Kepimpinan 2020

Mac 11, 2020 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dimaklumkan bahawa Jumaat ini akan diadakan Program Kem Kepimpinan yang melibatkan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Satu surat makluman telah dikeluarkan dan diedarkan kepada murid untuk diberikan kepada ibubapa yang terlibat.

Surat lampiran adalah seperti dibawah.



Program Jaya Waris Tahun 6

Februari 22, 2020 Add Comment
Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Demi membentuk pemuafakatan antara ibubapa calon UPSR 2020 dengan pihak sekolah, satu program khas telah diadakan untuk pelajar Tahun 6 ini memberi ruang kepada ibubapa/penjaga mengetahui dengan lebih mendalam tentang pencapaian akademik anak-anak serta matlamat yang boleh dicapai untuk UPSR tahun ini.

PROGRAM : PROGRAM JAYA WARIS TAHUN 6
TARIKH : 21 FEBRUARI 2020 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD



Program Jaya Waris Tahun 6

Mac 08, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Demi membentuk pemuafakatan antara ibubapa calon UPSR 2019 dengan pihak sekolah, Program Jaya Waris Tahun 6 telah diadakan atas inisiatif Unit Kurikulum dan Unit Bimbingan & Kaunseling. 

Program khas untuk pelajar Tahun 6 ini memberi ruang kepada ibubapa/penjaga mengetahui dengan lebih mendalam tentang pencapaian akademik anak-anak serta matlamat yang boleh dicapai untuk UPSR tahun ini.

PROGRAM : PROGRAM JAYA WARIS TAHUN 6
TARIKH : 7 MAC 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
ANJURAN : UNIT KURIKULUM DAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
PENGLIBATAN : PELAJAR TAHUN 6 DAN IBUBAPA/PENJAGA
PENCERAMAH JEMPUTAN : En. Norselin Bin Abd. Wahab, Kaunselor dari IPGKBM, Kuala Lumpur

Objektif :
  1. Membolehkan para waris berbincang tentang pencapaian akademik anak-anak mereka
  2. Memberikan motivasi kepada murid Tahun 6 untuk berusaha dengan lebih tekun dalam meningkatkan prestasi akademik mereka
  3. Memberi ruang kepada para waris mendengar permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak mereka semasa berada di sekolah
  4. Membentuk permuafakatan yang jitu dan kukuh anatara ibubapa calon UPSR 2019 dengan pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi akademik anak-anak mereka.

Program Pengukuhan Diri Tahun 6

Mac 02, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Peperiksaan UPSR bakal menjelang, dan untuk itu satu program pengukuhan diri untuk pelajar-pelajar Tahun 6 telah diadakan di sekolah bagi mempersiapkan mereka dari segi motivasi dan semangat.

PROGRAM : PENGUKUHAN DIRI TAHUN 6
TARIKH : 1 MAC 2019 (JUMAAT)
TEMPAT : BILIK FROG
PENGLIBATAN : SEMUA MURID TAHUN 6
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DAN PANITIA P. ISLAM


Perasmian Amalan Guru Penyayang

Januari 10, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu majlis perasmian Amalan Guru Penyayang oleh Unit Bimbingan dan Kuanseling sekolah telah selamat berlangsung pada minggu kedua persekolahan 2019.

PROGRAM : AMALAN GURU PENYAYANG
TARIKH : 7 JANUARI 2019  (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SK JALAN SELANGOR (1)
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Di majlis tersebut, Guru Besar Puan Norliza juga telah berkenan memakaikan lencana kepada murid-murid yang telah dilantik. Beliau turut menyampaikan sijil perlantikan kepada mereka.


Program Mentor Mentee Tahun 6 | KLINIK MATEMATIK

Julai 19, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Dimaklumkan bahawa mulai 18hb Julai 2018, Program Mentor Mentee akan berlangsung pada setiap hari Rabu bermula jam 2pm hingga 4 pm

PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 6
TARIKH : SETIAP RABU
MASA : 2PM HINGGA 4PM
KUMPULAN SASARAN : MURID-MURID TAHUN 6
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING