Hari Orientasi Murid Tahun 1 2018

Januari 01, 2018 Add Comment


Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2018

PROGRAM : ORIENTASI TAHUN 1 2018
TARIKH : 30 DISEMBER 2017
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS (1)

Sesi persekolahan baru 2018 akan bermula selang beberapa lagi, Program Orientasi Tahun 1 2018 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor (Satu) bagi meraikan kehadiran murid-murid Tahun 1.

Ibubapa murid Tahun 1 turut diberikan taklimat tentang sekolah dan anak-anak murid dibawa melihat fasiliti dan kemudahan yang terdapat di sini.




Pakaian Seragam Pengawas SKJS(1) Baru Untuk Sesi 2018

Januari 01, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Pada mesyuarat PIBG yang lepas, guru-guru dan AJK PIBG telah menetapkan pemakaian pakaian seragam sekolah baru akan bermula pada sesi persekolahan yang bermula pada 2.1.2018. Oleh itu, AJK yang terlibat iaitu Puan Diza bersama Cikgu Sivajothi bertanggungjawab mengumpulkan nama-nama pengawas yang telah dilantik bagi mendapatkan saiz baju kemeja, vest, kain, tudung dan tali leher sebelum diberikan kepada Miracle Caliph, tukang jahit yang ditugaskan untuk menyiapkan pakaian seragam pengawas.

Pengagihan pakaian seragam pengawas telah bermula sekitar bulan Disember dan Puan Diza kepada ibubapa/penjaga. Alhamdulillah misi agihan baju pengawas baru berjaya dilaksanakan dan sedia untuk dipakai oleh ahli-ahli lembaga pengawas sekolah kita untuk sesi sekolah 2018.


Majlis Anugerah Cemerlang 2017 SK Jalan Selangor 1

November 18, 2017 Add Comment


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada warga sekolah Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor  (1) terutama kepada para pelajar yang menerima anugerah cemerlang pada hari tersebut. Tak lupa juga kepada guru-guru yang banyak menyumbang kepada kecemerlangan pelajar di sekolah.

Turut memeriahkan majlis anugerah cemerlang pada hari tersebut ialah para ibubapa pelajar dan AJK PIBG sekolah. 

TARIKH : 16 NOVEMBER 2017 
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SK JALAN SELANGOR (1)
MASA : 9.00 PAGI - 12 TENGAHARI



Sambutan Hari Kanak-kanak 2017

November 07, 2017 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari Kanak-kanak Sedunia disambut pada 20 November setiap tahun, namun sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah tahun ini disambut lebih awal.

ACARA : SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 9.00pagi - 12tengahari
JEMPUTAN : GURU-GURU, MURID-MURID & IBUBAPA

Pelbagai aktiviti telah disusun oleh guru-guru yang terlibat bagi memeriahkan acara sambutan tersebut. Setiap murid perlu memakai baju mengikut tema yang diberikan untuk setiap kelas. Kemeriahan sambutan diserikan lagi dengan persembahan dari murid-murid darjah satu hingga darjah enam, disusuli dengan persembahan magic oleh Mr. Clown yang telah dijemput oleh pihak sekolah.

Selain persembahan tarian, terdapat juga beberapa acara pertandingan untuk murid-murid yang mengambil bahagian. Akhir sekali, penyampaian hadiah kepada murid yang menang.