Kejohanan Akuatik MSS Selangor 2018

Februari 13, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


Baru-baru ini telah berlangsung Kejohanan Akuatik Peringkat MSS Selangor yang diadakan di Pusat Akuatik MBSA, Shah Alam. Dua orang pelajar SKJS(1) telah mewakili sekolah dalam kejohanan yang berlangsung selama 3 hari bermula 6 Februari ini.

Dua pelajar tersebut ialah adik Qistina Shuhada Ramli dan adik Qisrina Syakirah Ramli. 

ACARA : KEJOHANAN AKUATIK MSS SELANGOR 2018
TARIKH : 6 FEBRUARI - 9 FEBRUARI 2018
TEMPAT : PUSAT AKUATIK MBSA, SHAH ALAM


Sukaneka Tahap 1 2018

Februari 08, 2018 1 Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Bersempena dengan kejohanan merentas desa untuk pelajar-pelajar Tahap 2, pelajar-pelajar Tahap 1 turut tidak ketinggalan menjalani aktiviti sukaneka pada 7 Februari yang lepas. Sukaneka ini bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 9.30 pagi dengan dibantu oleh guru-guru bertugas.

Antara objektif program ini ialah :

  • Meningkatkan kecergasan jasmani
  • Membentuk sahsiah, jati diri, displin dan niali murni
  • Mebentuk budaya bersukan di kalangan murid
  • Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti keperluan fizikal
  • Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan










Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2018

Februari 08, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Pada 7 Februari 2018, SKJS(1) telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Peserta-peserta yang mengambil bahagian terdiri dari pelajar-pelajar Tahap 2. Kejohanan ini turut dijayakan dengan penglibatan guru-guru, AJK PIBG dan polis trafik dari Balai Seksyen 8 yang bertanggungjawab menjaga keselamatan sepanjang acara larian merentas desa dijalankan.

Setelah larian berakhir, acara penyampaian hadiah menyusul buat para pemenang. Tahniah diucapkan kepada semua yang mejayakan kejohanan ini. Tahniah juga kepada Rumah Mahsuri kerana menjuarai kategori rumah sukan.

ACARA : KEJOHANAN MERENTAS DESA
TARIKH : 7 FEBRUARI 2018
TEMPAT : SKJS(1), PETALING JAYA
SASARAN : PELAJAR-PELAJAR TAHAP 2

Pengenalan

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan "Badan Cergas Minda Cerdas"

Objektif :
  • Meningkatkan kecergasan jasmani
  • Membentuk sahsiah, jati diri, displin dan niali murni
  • Mebentuk budaya bersukan di kalangan murid
  • Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti keperluan fizikal
  • Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100

Februari 07, 2018 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, bantuan awal persekolahan RM100 bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah akan diteruskan pada tahun ini. Pada 30 Januari yang lepas, majlis penyerahan wang bantuan RM100 telah berlangsung di pejabat sekolah.

Para pelajar yang menerima wang bantuan RM100 terdiri dari pelajar-pelajar Tahun 2 sehingga Tahun 6 yang layak. Terima kasih diucapkan kepada unit HEM dan guru-guru yang menjayakan majlis penyerahan bantuan ini.

PROGRAM : PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN
TARIKH : 30 JANUARI 2018 (SELASA)
MASA : 9.00PAGI - 12.00TGHARI
TEMPAT : PEJABAT SEKOLAH


Soal Selidik Keperluan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) 2018

Februari 01, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Ibubapa/penjaga diminta mengisi satu borang soal selidik mengenai keperluan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bagi tujuan pihak ibubapa/penjaga memberi maklum balas keperluan SAPS ini.




Soal selidik ini boleh dilayari melalui portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau melalui alamat url berikut :



Mohon ibubapa/penjaga dan pengguna SAPS dapat mengisi borang soal selidik mudah ini sebelum atau pada 4 Februari 2018. Terima kasih.


Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim