Penyampaian Hadiah Untuk Pelajar Cemerlang UPSR 2017

Februari 28, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dalam peperiksaan UPSR tahun lepas, 2 orang pelajar SKJS(1) telah mendapat keputusan cemerlang. Dua orang pelajar tersebut ialah :

1) Wan Nurul Aleesya An Nas Binti Zsayunaz - 5A 1B
2) Ain Sufiyah Binti Ahmad Shanif - 4A 2B





Slot Motivasi Mingguan Tahun 6 (1)

Februari 28, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


PROGRAM : SLOT MOTIVASI MINGGUAN
TARIKH : 20 FEBRUARI 2018
TEMPAT : KELAS 6 SIANTAN, SKJS(1)
MOTIVATOR : CIKGU RAZWAN MOHD ZIN

Slot motivasi ini dijalankan selama 30 minit telah bermula pada bulan Februari sehingga September 2018, dan dikendalikan sendiri oleh Guru Besar, En. Razwan Mohd Zin.


Objektif 
  • Memberi motivasi kepada calon UPSR
  • Berkongsi teknik belajar yang berkesan
  • Teknik menjawab kertas peperiksaan
  • Persediaan dari aspek emosi dan rohani ditekankan


Mesyuarat PIBG SKJS(1) Kali ke-45

Februari 26, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2018 telah diadakan pada hari Sabtu yang lepas. Tahun ini, walaupun tiada pemilihan AJK PIBG baru dibuat (pemilihan AJK dibuat 2 tahun sekali seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44) namun kehadiran ibubapa/penjaga masih kurang memberangsangkan berbanding tahun-tahun lepas. 

Pendaftaran ibubapa dibuat seawal jam 8.00pagi di perkarangan sekolah sebelum diminta masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat tentang FROG VLE. Pada pukul 9.00pagi majlis dimulakan.



Acara : MESYUARAT AGUNG PIBG SKJS(1) KALI KE-45
Tarikh : 24 FEBRUARI 2018
Tempat : Dewan Zamrud SKJS(1)
Waktu : 9.00pagi - 12.00tghari
Perasmi : Dato' Ir. Haji Manan Bin Amir (Khairi Consult Sdn Bhd)

Bengkel Celik Catur SKJS(1)

Februari 22, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Seramai 19 pelajar dari Tahap 1 & 2 telah menghadiri bengkel celik catur di kelas Frog SKJS(1) baru-baru ini. 

Cikgu Sarvana Raj adalah cikgu yang mengendalikan kelab catur ini dan telah menjemput tenaga pengajar tambahan dalam usaha untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah bermain catur yang lebih sistematik dan tersusun.

Tarikh : 21hb Februari 2018
Masa : 1.30pm - 4.00pm
Tempat : Kelas Frog
Tenaga pengajar : En. Velmurugan a/l Krishnan 


Pertandingan Melafaz Lagu-lagu Suci Thirumurai

Februari 19, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Baru-baru ini, dua orang pelajar kita telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Melafaz Lagu-lagu Suci Thirumurai peringkat kebangsaan. Dua orang pelajar itu ialah adik A. Janani dari kelas 4 Mawar & A. Sharannia dari kelas 6 Siantan.

Pertandingan ini melibatkan 3 fasa sebelum dipilih sebagai pemenang.

Fasa 1 - saringan awal
Fasa 2 - menyanyi sebuah lagu daripada 5 yang dihafal dalam Bahasa Tamil & memberi maksud lagu tersebut
Fasa 3 - membaca serangkap lagu suci dalam Bahasa Tamil.

Pertandingan : Melafaz Lagu-lagu Suci Thirumurai
Peringkat : Kebangsaan
Tarikh : 18 Februari 2018
Tempat : SJKT Vivekananda, PJ


Makluman Cuti Sekolah Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Makluman Cuti Sekolah Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Februari 15, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia seperti  di ketetapan berikut :


Tarikh : 15 Februari - 19 Februari 2018

Hari : Khamis - Isnin



Murid-murid dikehendaki hadir semula ke sekolah pada 20hb Februari (Selasa) seperti biasa.

Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada ibubapa dan pelajar yang beragama Buddha dan Selamat Bercuti kepada semua.

Disediakan oleh : Hanim Hashim