Slot Motivasi Mingguan Tahun 6 (2)

Mac 08, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


PROGRAM : SLOT MOTIVASI MINGGUAN
TARIKH : 6 MAC 2018
TEMPAT : KELAS 6 SIANTAN, SKJS(1)
MOTIVATOR : CIKGU KHAIREE (menggantikan GB)


Slot motivasi ini dijalankan selama 30 minit telah bermula pada bulan Februari sehingga September 2018, dan dikendalikan sendiri oleh Guru Besar, En. Razwan Mohd Zin.

Objektif 
  • Memberi motivasi kepada calon UPSR
  • Berkongsi teknik belajar yang berkesan
  • Teknik menjawab kertas peperiksaan
  • Persediaan dari aspek emosi dan rohani ditekankan


Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Daerah Petaling Utama

Mac 06, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Tiga orang pelajar kita telah mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita (story telling) dan deklamasi sajak (poetry) sempena Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Daerah Petaling Utama.

Adik Sharannia A/P Anandan bertanding dalam pertandingan Story Telling manakala adik Nadiah Zamri & Nadja Adriana Adnan bertanding dalam pertandingan Deklamasi Sajak.

AKTIVITI : KARNIVAL BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH
TARIKH : 5 MAC 2018
TEMPAT : SJK (C) PUAY CHAI 2, BANDAR UTAMA
WAKIL SEKOLAH : 3 ORANG PELAJAR


BENGKEL SIFIRIA - Penyelesaian Tanpa Hafalan

Mac 01, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Baru-baru ini pihak sekolah telah menjemput SIFIRIA CARE LEARNING untuk berkongsi teknik dan cara penyelesaian sifir tanpa perlu menghafal. Bengkel ini telah mendapat keizinan dan persetujuan dari Guru Besar dan Panitia Matematik yang bersemangat dan bersungguh untuk membasmi buta sifir dikalangan pelajar.

PROGRAM : BENGKEL SIFIRIA
TARIKH : 27HB FEBRUARI 2018
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)
SASARAN : MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

OBJEKTIF 

Antaranya : 
  1. Menjadikan sifir satu kelaziman dalam pembelajaran dan kehidupan
  2. Menarik minat pelajar untuk lebih reaktif dalam penyelesaian
  3. Menjana dan mengaktifkan otak kiri dan kanan
  4. Memahirkan jati diri dalam penyelesaian masalah.

KUMPULAN SASARAN 

Murid Tahun 1 hingga Tahun 6

KANDUNGAN DAN METODOLOGI

Penyampaian - Jurulatih
Demonstrasi -  Teknik jari

Praktikal - Bersama pelajar