Kelas Taekwando

April 13, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada 11hb April 2018, pihak sekolah telah menerima kehadiran tenaga pengajar bagi promosi kelas Taekwando bertempat di pavilion sekolah. Promosi kelas taekwando ini bertujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar bagi mengikuti kelas mempertahankan diri.

Turut dipersembahkan ialah demo cara mempertahankan diri oleh tenaga pengajar.


Semak Keputusan Ujian 1 Di Laman SAPS

April 13, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


Keputusan Ujian 1 telah pun diperolehi dan ibubapa boleh menyemak keputusan anak masing-masing di laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk mengetahui markah setiap subjek dan kedudukan pelajar dalam kelas.



Pengumuman Cuti Peristiwa 9 Mei Sempena Hari Mengundi PRU 14

April 12, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Pengumuman cuti peristiwa khas telah dibuat oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14) yang jatuh pada tarikh 9hb Mei 2018 bagi semua sekolah seluruh negara.

Pengumuman tersebut dikeluarkan secara dalam satu surat rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 10hb April sebagai makluman dan tindakan pihak sekolah.



Disediakan oleh : Hanim Hashim

Makluman Surat Undangan Ke Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-47

April 09, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Satu kejohanan sukan tahunan kali ke-47 akan diadakan di SK Jalan Selangor (Satu) pada 15 April 2018 bertempat di padang sekolah SKJS(1). Satu surat undangan telah dikeluarkan oleh pihak sekolah dan diserahkan kepada para pelajar untuk menjemput ibubapa hadir ke acara sukan tahunan sekolah.


Slot Motivasi Mingguan Tahun 6 (4)

April 05, 2018 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

PROGRAM : SLOT MOTIVASI MINGGUAN
TARIKH : 3 APRIL 2018
TEMPAT : KELAS 6 SIANTAN, SKJS(1)
MOTIVATOR : GURU BESAR, CIKGU RAZWAN

Slot motivasi ini dijalankan selama 30 minit telah bermula pada bulan Februari sehingga September 2018, dan dikendalikan sendiri oleh Guru Besar, En. Razwan Mohd Zin.

Objektif 
  • Memberi motivasi kepada calon UPSR
  • Berkongsi teknik belajar yang berkesan
  • Teknik menjawab kertas peperiksaan
  • Persediaan dari aspek emosi dan rohani ditekankan


Perlawanan Bola Jaring Daerah Petaling

April 04, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Satu pertandingan bola jaring peringkat Daerah Petaling telah berlangsung baru-baru ini dan SKJS(1) telah menghantar pasukan untuk mewakili sekolah.

ACARA : PERTANDINGAN BOLA JARING
TARIKH : 2 APRIL 2018
TEMPAT : SK KELANA JAYA 1
PERINGKAT : DAERAH PETALING


Pasukan wakil sekolah SKJS(1)

Program Jalinan Masyarakat

April 02, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Panitia Moral SKJS(1) bersama Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti malaysia (FSSS,UM) sedang mengadakan Program Jalinan Masyarakat yang dikendalikan oleh mahasiswa/i India dari Universiti Malaya.

Program ini turut dihadiri oleh Bekas Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kajang, Encik Subra. Sijil penyertaaan akan diberikan oleh pihak Universiti Malaya.

Butiran Program 

TARIKH : 31 MAC, 1 APRIL, 7 APRIL & 8 APRIL 2018
TEMPAT : BILIK FROG SKJS(1)
PENGLIBATAN : MURID-MURID MORAL SKJS(1)
PENSYARAH UM : DR. G. SIVAPALAN

Terdapat juga slot untuk ibubapa pada 1 April 2018 (Ahad) yang lepas bersama pensyarah UM tentang 'Cara-cara mudah untuk mengajar Bahasa Tamil di rumah'.