Makluman Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah

Julai 04, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa SKJS(1) akan mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari dan masa yang ditetapkan seperti dalam lampiran dibawah.

Mohon ibubapa dapat menyediakan juadah hari raya untuk jamuan di majlis itu nanti serta memakai baju raya.



Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) - Bahasa Melayu

Julai 04, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS), beberapa aktiviti telah dirancang  untuk murid-murid oleh Panitia Bahasa Melayu. Antaranya adalah pertandingan pidato Tahap 2.

PROGRAM : PANITIA BAHASA MELAYU
TARIKH : 3HB JULAI 2018 (SELASA)
PESERTA : MURID TAHAP 1 & 2
CIKGU : CIKGU FARIDAH & CIKGU ROZITA


Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) - English Fun Moment

Julai 03, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu ini merupakan Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan beberapa aktiviti telah dirancang  untuk murid-murid oleh panitia-panitia yang terlibat. 

Antaranya Panitia Bahasa Inggeris yang melaksanakan program English Fun Moment di sekolah untuk murid-murid Tahap 1 & 2

PROGRAM : ENGLISH FUN MOMENT
TARIKH : 2HB JULAI 2018 (ISNIN)
PESERTA : MURID TAHAP 1 & 2
CIKGU : CIKGU AHMAD, CIKGU SYAFIQAH, CIKGU JOTHI, CIKGU PATHMA, CIKGU ROZITA



Pelancaran Program Kamilah Juara & Permata Hatiku

Julai 02, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang guru selain melihat melihat murid-muridnya berjaya dan cemerlang dalam akademik. 

Bagi merealisasikan impian ini, pihak sekolah SJKS(1) dengan kerjasama padu warga guru telah mewujudkan program 'Kamilah Juara' & 'Permata Hatiku' sebagai inisiatif untuk memastikan semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini memperolehi pencapaian yang cemerlang dan gemilang.

PROGRAM : KAMILAH JUARA & PERMATA HATIKU
MASA : MINGGU KEDUA & KEEMPAT SETIAP BULAN SEHINGGA JULAI
KUMPULAN SASARAN : MURID TAHUN 6 SIANTAN


Program ini yang telah pun dilancarkan pada bulan Februari lepas dibahagikan kepada 2 kelas iaitu Kelas Kamilah Juara & Permata Hatiku. 

Kelas Kamilah Juara 

Bilangan sasaran murid : 9 orang

Objektif :
  • Mensasarkan murid yang sekolah target untuk mendapat 6A dalam UPSR
  • Membimbing murid dalam mata pelajaran UPSR dalam kumpulan yang lebih kecil.
  • Memfokuskan kepada PdPc yang lebih berkesan dengan menjawab soalan-soalan yang berformat UPSR.
  • Meningkatkan persediaan murid dari segi jasmani, emosi, intelek dan sosial.
  • Membantu mempersiapsiagakan murid-murid Tahun 6 untukmenghadapi peperiksaan UPSR



Slot Motivasi Tahun 6

Jun 27, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
PROGRAM : SLOT MOTIVASI MINGGUAN -Teknik Mencari Jawapan Untuk Sifir 6 hingga 10 menggunakan jari
TARIKH : 26 JUN 2018
TEMPAT : KELAS 6 SIANTAN, SKJS(1)
MOTIVATOR : GURU BESAR, CIKGU RAZWAN

Slot motivasi ini dijalankan selama 30 minit telah bermula pada bulan Februari sehingga September 2018, dan dikendalikan sendiri oleh Guru Besar, En. Razwan Mohd Zin.

Objektif 
  • Memberi motivasi kepada calon UPSR
  • Berkongsi teknik belajar yang berkesan
  • Teknik menjawab kertas peperiksaan
  • Persediaan dari aspek emosi dan rohani ditekankan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Jun 15, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, kita dapat meraikan Aidilfitri pada tahun ini. Di kesempatan ini, kami warga pendidik SK JALAN SELANGOR (SATU) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua warga SKJS(1) dan selamat bercuti.


Kredit foto : Cikgu Syafiqah

Makluman Cuti Sekolah Penggal Pertama Persekolahan 2018 Dan Hari Raya Aidilfitri 1439H

Jun 10, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan mula bercuti pada 9hb Jun sehingga 24hb Jun 2018.

Sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin bersamaan dengan 25hb Jun 2018. Berikutan itu, satu surat makluman telah pun diedarkan kepada semua murid untuk makluman ibubapa.



Di kesempatan ini, guru-guru, para pentadbir dan barisan AJK PIBG SKJS(1) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN dan SELAMAT BERCUTI kepada semua ibubapa dan murid SKJS(1) serta berhati-hati memandu ketika pulang ke kampung halaman.

Disediakan oleh : Hanim