Perkampungan UPSR Siri 1

Julai 31, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Demi menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjengah pada bulan September ini, pihak sekolah khususnya warga pendidik telah mengambil inisiatif bagi memperkukuh persiapan pelajar-pelajar Tahun 6 dalam jangka masa kurang dari 2 bulan.

Antara program yang telah dirancang ialah Perkampungan UPSR SIRI 1 yang telah pun berlangsung selama 3 hari di sekolah.

PROGRAM : PERKAMPUNGAN UPSR SIRI 1
TARIKH : 27HB HINGGA 29HB JULAI 2018
TEMPAT : SK JALAN SELANGOR (SATU)
SUBJEK : BAHASA MELAYU & SAINS
SASARAN MURID : PELAJAR TAHUN 6
PENCERAMAH MOTIVASI : 
  1. CIK SYAHIRAH BINTI ZULKIFLI (PELAJAR PERAKAUNAN UNIVERSITI MALAYA)
  2. CIK GAYATHRI MURALI  (PELAJAR PERUBATAN - RUSIA)



Minggu Bahasa Arab

Julai 27, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Minggu Bahasa Arab telah dilancarkan dan berlangsung selama 4 hari, dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab.

PROGRAM : MINGGU BAHASA ARAB
TARIKH : 23HB JULAI SEHINGGA 26HB JULAI 2018 
PESERTA : MURID TAHAP 2
CIKGU : USTAZ AHMAD


Berhati-hati Dengan Ancaman Wabak HFMD

Julai 26, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Kebelakangan ini masyarakat kita dikejutkan dengan kes-kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang kebanyakannya menyerang kanak-kanak terutama di taska, tadika dan sekolah.

Merujuk kepada statistik, negeri Selangor mempunyai bilangan kes tertinggi berbanding ni negeri-negeri lain.


Bengkel Teknik Menjawab Kertas Matematik UPSR 2018

Julai 20, 2018 Add Comment

PROGRAM : BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS MATEMATIK UPSR
TARIKH : 11HB JULAI 2018 (RABU)
MASA : 8.00 PAGI- 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
PESERTA : MURID TAHUN 4,5 & 6 (SKJS(1) & SK(2) JALAN SELANGOR)

Satu bengkel teknik menjawab kertas Matematik UPSR telah diadakan baru-baru ini untuk murid-murid Tahap 2. Penerangan disampaikan oleh En. Zakaria Bin Abd Rani dari Jabatan Pendidikan Selangor (JPS).




Program Mentor Mentee Tahun 6 | KLINIK MATEMATIK

Julai 19, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Dimaklumkan bahawa mulai 18hb Julai 2018, Program Mentor Mentee akan berlangsung pada setiap hari Rabu bermula jam 2pm hingga 4 pm

PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 6
TARIKH : SETIAP RABU
MASA : 2PM HINGGA 4PM
KUMPULAN SASARAN : MURID-MURID TAHUN 6
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING



Jemputan ke Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar SKJS(1)

Jemputan ke Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar SKJS(1)

Julai 18, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada bekas pelajar SK Jalan Selangor (Satu) yg dihormati. 

Pihak SKJS(1) ingin menjemput tuan/puan ke Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar SKJS(1) yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Ogos 2018
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SKJS(1)


Sehubungan itu, tuan/puan diminta mengisi maklumat diri melalui pautan https://gg.gg/reunionskjs1 untuk memudahkan pihak kami menghubungi tuan/puan. 

Semoga perjumpaan ini dapat mengeratkan ukhwah dan kerjasama dikalangan seluruh warga SKJS(1) demi kebaikan kita bersama. 


Terima kasih

RAZWAN HJ. MOHD ZIN
Guru Besar 
SK Jalan Selangor (1)

Bengkel Teknik Menjawab Kertas Bahasa Inggeris UPSR 2018

Julai 18, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

PROGRAM : BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA INGGERIS UPSR
TARIKH : 16HB JULAI 2018 (ISNIN)
MASA : 2.00 PETANG - 4.00 PETANG
TEMPAT DEAN ZAMRUD, SKJS(1)
PESERTA : MURID TAHUN 4,5 & 6

Satu bengkel teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris UPSR telah diadakan baru-baru ini untuk murid-murid Tahap 2. Penerangan disampaikan oleh Pn. Kumuthini Sundrapan dari SK Kelana Jaya 1 yang berpengalaman selama 20 tahun dalam subjek Bahasa Inggeris.