Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform 2018

Oktober 29, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Minggu lepas, pihak sekolah telah mengadakan program perkhemahan unit badan beruniform untuk Tahun 4,5 & 6 di sekolah. Perkhemahan selama 2 hari 1 malam telah mendapat sambutan yang baik di kalangan pelajar. Ia telah diadakan di SKJS(1) dibawah unit kokurikulum sekolah.

PROGRAM : PERKHEMAHAN UNIT BADAN BERUNIFORM
TARIKH : 26 & 27 OKTOBER 2018 (JUMAAT & SABTU)
TEMPAT : SK JALAN SELANGOR (1)


PASCA UPSR | Seni & Kreativiti

Oktober 17, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan khusus untuk para pelajar Tahun 6 yang telah selesai menduduki UPSR September lepas. Antara aktiviti yang diadakan adalah dari Panitia Seni Visual. Minggu ini para pelajar telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan sudu plastik mengikut kreativiti masing-masing.



HARI SUKAN NEGARA 2018

Oktober 16, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu lepas telah berlangsungnya aktiviti sukan bersempena dengan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan. Warga SK Jalan Selangor (Satu) tidak ketinggalan menyahut seruan sihat dengan mengadakan aktiviti kesihatan dan kecergasan untuk murid-murid dan guru-guru yang terlibat.

PROGRAM : HARI SUKAN NEGARA 2018
TARIKH : 13HB OKTOBER 2018 (SABTU)
TEMPAT : SK JALAN SELANGOR (SATU)
MASA : 7.30PAGI HINGGA 10.15PAGI
PENGLIBATAN : MURID-MURID TAHAP 2 


Kem Bestari Solat (j-Qaf) Kali Ke-2

Oktober 01, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Program Kem Bestari Solat yang pertama telah dijalankan di sekolah pada minggu lepas dengan penglibatan pelajar-pelajar Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

PROGRAM : KEM BESTARI SOLAT
TARIKH : 29 SEPTEMBER 2018
MASA : 7.30PAGI - 2.30PETANG
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD , SKJS(1)
PENGLIBATAN : PELAJAR-PELAJAR ISLAM DARI TAHUN 1-6
GURU : USTAZAH HINDUN