Taklimat Keselamatan dan Displin Murid

Januari 20, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu taklimat mengenai keselamatan dan displin murid telah diadakan pada pertengahan bulan Januari. Taklimat ini disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Cikgu Azidi dan Guru Displin, Cikgu Jothi kepada semua murid Tahap 1 & Tahap 2.

PROGRAM : TAKLIMAT KESELAMATAN DAN DISPLIN MURID
TARIKH : 18 JANUARI 2019 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
ANJURAN : UNIT HEM



Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2019

Januari 15, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat Tahun Baru 2019 dan selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SKJS (1). Program sekolah yang pertama bagi sesi 2019 dimulakan dengan Program Orientasi bagi pelajar baru Tahun 1 yang telah mendaftar di sekolah ini pada tahun lepas.

Satu majlis suaikenal telah diadakan pada penghujung bulan Disember lepas dan pelajar-pelajar Tahun 1 serta ibubapa telah diberi taklimat ringkas.

PROGRAM : ORIENTASI TAHUN 1
TARIKH : 28 DISEMBER 2018 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKSJ(1)
BILANGAN PELAJAR TAHUN 1 : 25 ORANG


Sanjungan Budi Kilauan Bakti | Majlis Perpisahan Cikgu Pathma

Januari 14, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Yang patah tumbuh, yang hilang akan berganti. Namun, takkan sama dengan kelembutan dan senyuman manis Cikgu Pathmalosini yang telah menawan hati ramai sehingga menjadi antara cikgu kesayangan murid di sekolah. 

Untuk makluman semua, Cikgu Pathma telah berpindah ke SK Kelana Jaya 1 setelah berkhidmat di sekolah ini selama lebih 15 tahun. Untuk itu, satu majlis perpisahan telah diadakan pada minggu lepas bagi mengenang jasa beliau dan peluang untuk murid-murid serta guru menyampaikan hadiah penghargaan.

MAJLIS : MAJLIS PERPISAHAN CIKGU PATHMA
TARIKH : 9 JANUARI 2019 (RABU)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD,SKJS1

Turut mengiringi majlis ini adalah persembahan dari murid Tahap 2.


Perasmian Amalan Guru Penyayang

Januari 10, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu majlis perasmian Amalan Guru Penyayang oleh Unit Bimbingan dan Kuanseling sekolah telah selamat berlangsung pada minggu kedua persekolahan 2019.

PROGRAM : AMALAN GURU PENYAYANG
TARIKH : 7 JANUARI 2019  (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SK JALAN SELANGOR (1)
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Di majlis tersebut, Guru Besar Puan Norliza juga telah berkenan memakaikan lencana kepada murid-murid yang telah dilantik. Beliau turut menyampaikan sijil perlantikan kepada mereka.


Perlaksanaan Pentaksiran Untuk Murid Tahap 1

Januari 04, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selamat Tahun Baru 2019 diucapkan kepada semua warga sekolah SKJS (1) dan selamat kembali ke sekolah.

Pada bulan November tahun lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa bermula tahun ini, murid-murid Tahap 1 (Tahun 1,2 & 3) tidak perlu menduduki peperiksaan (awal tahun & akhir tahun), tapi akan digantikan dengan sistem pentaksiran Tahap 1 melalui 5 aktiviti di dalam bilik darjah.

Lima aktiviti tersebut ialah :

  1. Kuiz
  2. Permainan
  3. Main Peranan
  4. Bercerita
  5. Projek Mudah