Selasa, 21 Februari 2017

Pendaftaran Tahun 1 Secara Online


Permohonan dan pendaftaran murid Tahun 1 bagi pengambilan 2018 dan 2019 secara online melalui sistem aplikasi Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya untuk seluruh negeri Semenanjung Malaysia sahaja manakala bagi Negeri Sabah , Sarawak dan W.P Labuan adalah secara manual melalui sekolah


Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT)



Info Tahun Kelahiran / Sesi Persekolahan
Kemasukan Tahun 2018
Kemasukan Tahun 2019
Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2011 sehingga 1.1.2012
Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2012 sehingga 1.1.2013





Mereka yang perlu mendaftar adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2011, 2012, dan hari pertama 2013.
  • Tarikh Lahir 2 JAN 2011 – 1 JAN 2012: Tahun Persekolahan 2018
  • Tarikh Lahir 2 JAN 2012 – 1 JAN 2013: Tahun Persekolahan 2019
Untuk makluman, tarikh pendaftaran Tahun Satu bagi anak-anak ini akan dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017.

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN SATU SECARA ONLINE

1. Isi Borang Online
Isi borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut adalah pautannya: https://public.moe.gov.my
2. Cetak Borang
Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.
3. Hadir Ke Sekolah Untuk Pengesahan
Selepas mendaftar secara online, ibu bapa diminta hadir ke sekolah yang dipohon dalam tempoh permohonan tersebut untuk membuat pengesahan.
Bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan:
1) Cetakan borang permohonan online
2) Sijil lahir / anak angkat
3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti)
4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
5) Surat nikah / surat cerai
6) Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan)
4. Semak Status Permohonan Tahun Satu
Selepas proses pendaftaran selesai, tunggu fasa selanjutnya untuk menyemak status permohonan. Semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu  biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/Ogos. Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.
Jika tidak berjaya, boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

Tindakan Ibubapa / Penjaga

Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara online dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.

Rujuk Manual Pedaftaran Tahun 1 Secara Online untuk maklumat lanjut. 



sumber info : mysumber & JPN SEL


Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim

Piagam Sekolah





Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim

Ahad, 12 Februari 2017

Logo SKJS(1)











KOD SEKOLAH
BBB8310 
NAMA SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SELANGOR (SATU) 
ALAMAT SEKOLAH
JALAN PADANG 4/48, 46050 PETALING JAYA, SELANGOR 
NO. TEL/FAKS
603-7782 1585 
JENIS SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN
GRED SEKOLAH
A
SESI PERSEKOLAHAN
PAGI SAHAJA 
BLOG SEKOLAH
skjs1pj.blogspot.com 
JUMLAH GURU
16
JUMLAH MURID
146
JUMLAH STAF SOKONGAN

2

Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim