Makluman Waktu Persekolahan Fasa 4

November 08, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sebagai makluman ibubapa/penjaga, pengoperasian sekolah akan bermula bagi negeri-negeri Fasa 4 termasuk Selangor. Oleh itu, pihak sekolah telah mengeluarkan surat makluman waktu persekolahan sebagai rujukan buat ibubapa/penjaga dan murid-murid.





Taklimat Pengoperasian Pembukaan Sekolah

Oktober 28, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Satu taklimat bersama ibubapa/penjaga dan guru-guru telah diadakan secara maya bagi memaklumkan tentang pengoperasian pembukaan sekolah. Taklimat ini disampaikan oleh Penolong HEM, Cikgu Azidi. 


🗓️Tarikh: 27 Oktober 2021

⏰Masa : 8.30 Malam

🔗Link Google Meet: https://meet.google.com/mek-cunr-qth








Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Jalan Selangor (Satu) kali ke-48

Oktober 25, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 telah diadakan secara maya buat pertama kalinya di pautan Google Meet antara guru-guru dan ibubapa/penjaga baru-baru ini bagi membincangkan agenda-agenda sekolah dan juga melantik barisan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2021/2022.


Tarikh: 23 Oktober 2021

Hari : Sabtu

Masa : 9:30 pagi - 12:00 tengah hari

Pautan Google Meet: https://meet.google.com/xqd-btep-jac

Buku Program: https://anyflip.com/vicsg/xxsm/









BARISAN BARU PIBG SESI 2021/2022

YDP PIBG : PN AIRUDIZA
NAIB YDP : EN. MOHD UQBAH


BARISAN AJK IBUBAPA:

EN. SAHMSOL AZIZI 
PN. HANIM
PN. HASNIZA
EN. RAZLAN
EN. JAYAGANESH
EN. SHAHRUL SHAHRIN
EN. ZAINOL


JURUAUDIT IBUBAPA : EN. AZMAN

Tahniah kepada barisan AJK PIBG yang baru dilantik. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang untuk kebaikan murid dan sekolah.

Notis Panggilan Mesyuarat PIBG SKJS(1)

Oktober 02, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Makluman kepada semua ibubapa/penjaga SKJS(1), satu mesyuarat agung PIBG bagi tahun 2021 akan diadakan secara maya di Google Meet. Oleh itu, mohon ibubapa/penjaga dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini bagi membincangkan agenda-agenda yang berkaitan dengan murid dan sekolah.






Selamat Maju Jaya Cikgu Jothi

Ogos 20, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Minggu lepas, warga SKJS(1) telah dikejutkan dengan berita perpindahan Cikgu Jothi ke sekolah baru ketika murid-murid Tahun 6 sedang bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan akhir tahun. 


Sedikit perkongsian tentang Cikgu Jothi, beliau merupakan guru kelas Tahun 6 dan telah berkhidmat dengan penuh dedikasi selama berbelas tahun di SKJS(1).




Walaupun berat hati untuk melepaskan Cikgu Jothi terutama di waktu pandemik Covid-19 dan anak-anak murid terutama murid Tahun 6 masih memerlukan bimbingan beliau namun panggilan perkhidmatan perlu diutamakan. 


Cikgu Jothi telah pun berpindah dan memulakan tugas di SK Damansara Utama berkuatkuasa 16hb Ogos 2021 yang lalu. Buat Cikgu Jothi, warga SKJS(1) ingin mengucapkan selamat maju jaya di sekolah baru dan terima kasih kerana telah memberikan segalanya yang terbaik dari cikgu buat anak-anak SKJS(1). Kami pasti akan merindui cikgu!


Taklimat E-Daftar Menengah (Tingkatan 1 : 2022)

Ogos 10, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pada 30hb Julai yang lepas, satu perjumpaan secara maya antara guru-guru dan ibubapa serta murid-murid Tahun 6 telah diadakan bagi memberi taklimat ringkas mengenai pendaftaran murid Tahun 6 ke Tingkatan 1 sesi 2022 di Google Meet .




Taklimat E-Daftar Menengah 

📆 :  30 Julai 2021

🗓️ : Jumaat 

⏰ : 9:00 mlm – 10:00 mlm

📲 : Google Meet 

Disampaikan oleh: 

En. Azidi Ghazali (PK HEM) 

Sasaran : Ibubapa & murid Thn 6S (2021)





MAKLUMAN MENGENAI SESI PERSEKOLAHAN

Julai 19, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dimaklumkan bahawa sesi PdPR akan bersambung sehingga 31 Ogos 2021 dan sesi PdP akan bermula pada 1 September tertakluk kepada situasi semasa dan pengumuman oleh KPM. Dibawah dilampirkan bersama kenyataan media KPM untuk makluman semua.