Jamuan Akhir Murid Tahun 6

Februari 25, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sudah tiba masanya murid-murid Tahun 6 meninggalkan sekolah rendah dan melangkah masuk ke alam baru persekolahan. Pastinya kenangan dan memori bersama kawan-kawan dan guru-guru di sekolah ini akan terpahat kemas dalam hati dan ingatan semua.


Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan ibubapa yang menjayakan jamuan kecil untuk anak-anak murid Tahun 6.






Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi Tahun 6

Februari 25, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


MAJLIS : HARI ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI TAHUN 6

TARIKH : 24/2/2022

TEMPAT : DEWAN ZAMRUD

MASA : 8.30 PAGI











Tahniah diucapkan kepada semua murid Tahun 6 kerana cemerlang dalam pelajaran dan seluruh warga SKJS(1) serta ibubapa mendoakan agar semua murid berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Semoga anak-anak SKJS(1) menjadi insan yang mempunyai nilai jati yang tinggi serta budi pekerti yang baik walau dimana berada.


Sejuta penghargaan buat para pendidik SKJS(1) di atas bakti dan komitmen yang diberikan dalam mendidik anak-anak murid sepanjang mereka bersekolah. Sesungguhnya jasa guru-guru sangat dihargai. Terima kasih cikgu!