Cuti Perayaan Sempena Tahun Baru Cina 2020

Januari 18, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Berikut dilampirkan surat makluman pemberitahuan tarikh mula bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina. 



23 Januari - 24 Januari 2020 
(Khamis & Jumaat)
CUTI SEKOLAH

27 Januari 2020 
(Isnin)
CUTI SEKOLAH


Sekolah akan dibuka semula pada 28 Januari 2020 bersamaan dengan hari Selasa.



Simptom-simptom Wabak Influenza A & Langkah Pencegahannya

Januari 16, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kebelakangan ini, kita banyak mendengar kes-kes berkaitan wabak penyakit Influenza A yang telah merebak di kalangan kanak-kanak yang kebanyakannya umur dalam lingkungan murid sekolah rendah. Oleh itu, ibubapa perlu mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan anak-anak terhindar dari virus Influenza.

Apakah itu Influenza?

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti saluran pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan ataupun serius. Dalam keadaaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.



Semak Kehadiran Murid Ke Sekolah Secara Online

Januari 08, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mencipta inisiatif baru bagi memudahkan ibubapa menyemak kehadiran anak masing-masing ke sekolah secara online. Ibubapa hanya perlu mendaftar sebelum mendapatkan laporan kehadiran murid dari masa ke semasa atau secara bulanan.

Ibubapa perlu mendaftar dengan memasukkan butiran diri sebelum mendapatkan kata laluan atau password. Setelah berjaya mendaftar, ibubapa boleh ke halaman utama untuk login.


Gambar 1

Tarikh UPSR 2020

Januari 06, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tarikh Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2020 telah pun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan pada bulan Disember lepas.

Ibubapa boleh semak tarikh peperiksaan UPSR 2020 untuk makluman dan sebagai persiapan bagi anak-anak yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini.


Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia