Kajian Soal Selidik Kesediaan Murid Dalam Pembelajaran Atas Talian (Online Learning) 2020

Mac 29, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mendapatkan maklum balas ketersediaan setiap keluarga di Malaysia bagi perlaksaan pembelajaran secara dalam talian (online learning).

Pautan kajian telah dibuka dan akan berakhir pada 12.01 pagi 3 April 2020.

Kajian secara soal selidik ini boleh diperoleh melalui pautan berikut:

Dapatan ini akan mengambil kira ketersediaan gajet, telefon pintar, komputer serta kebolehcapaian Internet.




Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan Akibat CoVID-19

Mac 29, 2020 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Susulan pengumuman Perdana Menteri pada 25hb Mac 2020 berkenaan dengan perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dilanjutkan sehingga 14hb April 2020, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan media berhubung penjadualan semula tarikh peperiksaan penting.

Dibawah dilampirkan jenis tarikh asal peperiksaan dan pindaan tarikh. Untuk peperiksaan UPSR 2020, tarikh asal DIKEKALKAN. Ibubapa boleh rujuk dibawah.



Penutupan Sekolah Kerana Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

Mac 17, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah membuat kenyataan media rasmi berhubung perkembangan semasa wabak Covid-19 yang sedang melanda negara. 

Sehubungan itu, semua sekolah harian akan ditutup bermula 18 MAC SEHINGGA 31 MAC 2020.

UPDATE 25HB MAC 2020 : LANJUTAN TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) AKAN DISAMBUNG SEHINGGA 14HB APRIL 2020. OLEH ITU, SEKOLAH AKAN DITUTUP. HARAP MAKLUM.

Kem Kepimpinan Pemimpin Muda 2020

Mac 16, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu lepas telah berlangsungnya satu program kem kepimpinan pengawas di sekolah. Kesemua pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber telah diwajibkan untuk menghadiri kem kepimpinan pemimpin muda ini.

PROGRAM : KEM KEPIMPINAN 2020
TARIKH : 13HB MAC 2020 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)


Aturcara Program 

7.30am : Pendaftaran
              Bacaan doa
              Nyanyian lagu Negaraku

7.45am : Ucapan Perasmian

8.00am : Ikrar Pemimpin Muda

8.15am : Kudapan

8.30am :  1) Pengendalian
  • Perhimpunan mingguan
  • Tugas-tugas Pengawas Sekolah/ Ketua Kelas & Pen. Ketua Kelas
  • Prosedur peminjaman buku & tugas-tugas Pengawas PSS
                2) Senamrobik

10.05am : Rehat

10.30am : Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

12.00tghari : Bersurai


Penangguhan Program Sukan dan Aktiviti KoKurikulum Akibat Covid-19

Mac 13, 2020 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Berikutan penularan wabak Covid-19 baru-baru ini, satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk makluman dan tindakan semua warga KPM.

Oleh itu, ibubapa dan guru-guru digesa mengambil langkah pencegahan yang proaktif bagi memastikan wabak Covid-19 dapat dikawal dan tidak merebak dikalangan pelajar.



Makluman Kem Kepimpinan 2020

Mac 11, 2020 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dimaklumkan bahawa Jumaat ini akan diadakan Program Kem Kepimpinan yang melibatkan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Satu surat makluman telah dikeluarkan dan diedarkan kepada murid untuk diberikan kepada ibubapa yang terlibat.

Surat lampiran adalah seperti dibawah.



Mesyuarat Agung PIBG SKJS(1) Kali Ke-47

Mac 10, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mesyuarat Agung PIBG SKJS(1) telah pun selamat berlangsung pada minggu lepas. 
Pendaftaran ibubapa dibuat seawal jam 8.00 pagi, dan majlis bermula pada jam 8.30 pagi.

MAJLIS : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
TARIKH : 7 MAC 2019 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 8.30 PAGI - 12.30 TGHARI

Majlis turut diserikan dengan persembahan dari murid-murid dan cabutan hadiah bertuah untuk ibubapa dan guru.


Latihan Kebakaran

Mac 09, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu pertama bulan Mac dimulakan dengan program latihan kebakaran bersama pasukan bomba Petaling Jaya melibatkan murid-murid Tahap 1 & 2.

PROGRAM : LATIHAN KEBAKARAN
TARIKH : 5HB MAC 2020 (KHAMIS)
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SKJS(1)

Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid, guru-guru dan warga sekolah dengan pengetahuan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.

Latihan dimulakan dengan semua murid bergerak dengan pantas dan teratur mengikut kelas masing-masing ketika loceng kecemasan dibunyikan dan berkumpul di padang sekolah. Selepas itu, pasukan bomba menunjukkan cara-cara memadam api yang betul.


Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2021/2022 Secara Online

Mac 02, 2020 Add Comment


Permohonan dan pendaftaran murid Tahun 1 bagi pengambilan 2021 dan 2022 secara online melalui sistem aplikasi Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya untuk seluruh negeri Semenanjung Malaysia sahaja manakala bagi Negeri Sabah , Sarawak dan W.P Labuan adalah secara manual melalui sekolah.