Pertandingan Nasyid

Jun 28, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena minggu Pendidikan Islam, satu pertandingan nasyid telah diadakan melibatkan pelajar-pelajar Tahap 1 dan Tahap 2



Penilaian Prestasi Diri & Penetapan Target UPSR.

Jun 28, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bagi memastikan pelajar-pelajar Tahun 6 bersedia sepenuhnya bagi menduduki peperiksaan penting UPSR tahun ini, pihak sekolah telah mengambil inisitatif untuk mengadakan beberapa program dan kelas tambahan 

Selain itu, satu sesi perjumpaan Guru Besar bersama pelajar-pelajar Tahun 6 telah diadakan baru-baru ini. Dalam perjumpaan tersebut, pelajar-pelajar perlu menyerahkan graf prestasi diri untuk 6 kertas subjek teras UPSR yang akan bakal diduduki dalam bulan September ini.



Perasmian Minggu Bahasa Inggeris

Jun 26, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perasmian Minggu Bahasa Inggeris telah pun selamat dirasmikan kelmarin oleh Guru Besar, Pn. Norliza Mohd Yusoff. Beberapa aktiviti telah pun dirangka untuk semua murid sepanjang minggu tersebut.

PROGRAM : MINGGU BAHASA INGGERIS
TARIKH : 24-28 JUN 2019
PERASMI : PN. NORLIZA MOHD YUSOFF (GURU BESAR SKJS(Satu)



Perkhemahan Badan Beruniform SKJS(Satu)

Jun 25, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu lepas telah berlangsung dengan jayanya program Perkhemahan yang melibatkan semua badan beruniform di sekolah. Perkhemahan ini adalah wajib bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 dan telah berlangsung selama dua hari satu malam di sekolah.

PROGRAM : PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 
TARIKH : 21-22 JUN 2019 (JUMAAT-SABTU)
TEMPAT : SKJS (SATU)
PERINGKAT : SEKOLAH
PENGLIBATAN : GURU-GURU DAN MURID2 TAHUN 4, 5 & 6


Aktiviti Minggu ICT Tahap 2

Jun 21, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena minggu ICT, murid-murid Tahun 4. 5 dan 6 turut tidak ketinggalan melakukan aktiviti yang telah disediakan. Antaranya ialah aktiviti menggunakan Apps Boost (FrogVLE), menjawab soalan kuiz TMK, pameran ICT, menghasilkan slide google dan menghantar karangan dengan menggunakan email.


Penggunaan Chromebook Dan Apps Boost (FrogVLE)

Jun 20, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Aktiviti sempena Minggu ICT diteruskan lagi dengan pembelajaran tentang penggunaan Chromebook dan Apps Boost (FrogVLE) untuk murid-murid Tahun 3.


Pengenalan Kepada Frog VLE Dan Penggunaan Chromebook

Jun 20, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Aktiviti bagi Minggu ICT diteruskan dengan Pengenalan kepada Frog VLE dan pengguna Chromebook kepada murid-murid Tahun 2.


Pengenalan Frog VLE Kepada Murid Tahun 1

Jun 20, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena Minggu ICT yang sedang berlangsung, terdapat beberapa aktiviti telah disediakan untuk murid-murid. Antaranya Program Pengenalan FROG VLE kepada murid-murid Tahun 1.


Majlis Sambutan Hari Raya 1440H

Jun 18, 2019 Add Comment

Assalamualaikum! Indahnya Syawal terus diraikan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan Hari Raya tetap diraikan dengan sederhana tetapi meriah bersama warga pendidik, pelajar-pelajar SK Jalan Selangor (Satu) dan PIBG sekolah.

PROGRAM : MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA
TARIKH : 14 JUN 2019 (JUMAAT)
MASA : 8.55 PAGI HINGGA 11.55 PAGI
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
SUMBANGAN MAKANAN : POTLUCK OLEH MURID & CIKGU

Majlis sambutan turut diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian lagu hari raya oleh murid-murid serta guru-guru.