Sambutan Hari Guru 2019

April 30, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sambutan Hari Guru yang tidak pernah dilupakan setiap tahun, telah disambut sedikit awal pada tahun ini bagi menghormati bulan Ramadan yang bakal tiba serta meraikan guru-guru di sekolah dalam suasana lebih meriah.

Tema sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun ini ialah, 

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

MAJLIS : SAMBUTAN HARI GURU 2019
TARIKH : 29HB APRIL 2019 (ISNIN)
TEMPAT : SKJS(1), PJ


Kem Bestari Solat

April 28, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru program kem bestari solat telah selamat dijalankan di sekolah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk semua murid yang beragama Islam dengan berkaitan solat dan dibimbing oleh guru-guru agama yang berkenaan.

PROGRAM : KEM BESTARI SOLAT
TARIKH : 27HB APRIL 2019 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)
PENGLIBATAN : SEMUA MURID BERAGAMA ISLAM TAHAP 1 & 2
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM



Kem Kepimpinan Pemimpin Muda (Pengawas)

April 27, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Semalam telah berlangsungnya satu program kem kepimpinan pengawas di sekolah. Kesemua pengawas sekolah telah diwajibkan untuk menghadiri kem kepimpinan pemimpin muda ini.

PROGRAM : KEM KEPIMPINAN
TARIKH : 26HB APRIL 2019 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)



Lawatan Penanda Aras Pengurusan Makmal Komputer

April 26, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pihak sekolah telah membuat satu lawatan penanda aras pengurusan makmal komputer di SK Sementa, Klang.

PROGRAM : LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER
TARIKH : 24HB APRIL 2019 (RABU)
TEMPAT : SK SEMENTA, KLANG


Perlantikan Pengawas Makmal Komputer (Mahligai ICT) 2019

April 25, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu majlis perlantikan pengawas makmal komputer sekolah telah selamat berlangsung bagi melantik beberapa orang murid yang terpilih.

MAJLIS : PERLANTIKAN PENGAWAS MAKMAL KOMPUTER
TARIKH : 22HB APRIL 2019 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD


Perasmian Minggu Panitia Sains 2019

April 24, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru ini, majlis perasmian Minggu Panitia Sains telah selamat dilancarkan oleh KP HEM, Cikgu Azidi di Dewan Zamrud. Beberapa aktiviti telah disusun sepanjang minggu tersebut yang akan disertai oleh murid-murid Tahap 1 & Tahap 2.

PROGRAM : PERASMIAN MAJLIS PANITIA SAINS
TARIKH : 22HB APRIL 2019 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)
PERASMI : KP HEM, CIKGU AZIDI
TEMPOH : 22HB SEHINGGA 26 APRIL 2019


Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM

April 23, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru-baru ini, sekolah telah menghantar beberapa orang pelajar bagi menyertai Festival Nasyid Peringkat PPD Petaling Utama yang diadakan di SMK (L) Bukit Bintang. Sebanyak 8 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

PROGRAM : FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM
PERINGKAT : PPD PETALING UTAMA
TARIKH : 18HB APRIL 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : SMK(L)BUKIT BINTANG
GURU PENGIRING : USTAZAH HINDUN & USTAZ FAUZAN



Kemeriahan Gerai Jualan Sempena Temasya Sukan SKJS(1) 2019

April 17, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena temasya sukan tahunan kali ke-48, PIBG sekolah seperti tahun-tahun sebelumnya akan membuka peluang kepada sesiapa yang ingin membuka meja jualan. Untuk tahun ini, sambutan penyertaan adalah sangat menggalakkan dengan 9 buah meja jualan berjaya dibuka sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Pelbagai jenis jualan yang disediakan, antaranya makanan, barang perhiasan dan SSPN. 



Kejohanan Temasya Sukan Tahunan 2019 Kali Ke-48

April 16, 2019 3 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Program sukan sekolah diteruskan dengan penganjuran Temasya Sukan Tahunan 2019 kali ke-48. Seperti tahun-tahun sebelumnya, temasya sukan tahunan sentiasa mendapat sambutan meriah dan memberangsangkan dari murid-murid dan ibubapa yang hadir.



Kejohanan Catur MSSD Petaling Utama 2019

April 11, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada awal bulan ini, satu kejohanan catur peringkat Petaling Utama telah diadakan di SMK (P) Sri Aman. Pihak sekolah telah menghantar 4 orang wakil pelajar bagi menyertai kejohanan tersebut. 

Kejohanan catur MSSD Petaling Utama 2019 berlangsung selama 3 hari membabitkan penyertaan lebih 30 buah sekolah sekitar daerah Petaling Utama.

PERTANDINGAN : KEJOHANAN CATUR MSSD PETALING UTAMA 2019
KATEGORI : BAWAH 12 TAHUN
TARIKH : 2-4HB APRIL 2019
TEMPAT : SMK(P) SRI AMAN 
MASA : 8.00AM - 2.00PM

Program Isra' Mikraj

April 10, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bersempena dengan sambutan hari Isra'  Mikraj, pihak sekolah telah mengadakan satu program ceramah di dewan sekolah. Penceramah luar telah dijemput untuk memberikan ceramah.

PROGRAM : CERAMAH ISRA' MIKRAJ
TARIKH : 8HB APRIL 2019 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
PENGLIBATAN : SEMUA MURID SKJS(1)