Makluman Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Puasa 1440H

Mei 29, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Merujuk kepada surat dibawah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan cuti perayaan Hari Raya Puasa 1440H adalah pada ketentuan berikut :


Cuti Hari Raya
25 Mei - 10 Jun 2019 (Isnin)

Sekolah akan dibuka semula apda :
11 Jun 2019 (Selasa)


[PPIM] Majlis Tadarus Al-Quran Perdana 2019

Mei 28, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena Hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 22 Mei bersamaan dengan 17 Ramadan, Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah melangsungkan program Majlis Tadarus Al-Quran Perdana peringkat kebangsaan.

Pihak sekolah turut menghantar wakil PPIM bagi mengimarahkan lagi majlis tersebut. 

Program: Majlis Tadarus Al-Quran Perdana 2019
Tarikh : 22 Mei 2019 (Rabu) 17 Ramadan
Tempat : Darul Puteri Kuala Lumpur
Peringkat : Kebangsaan


Majlis Khatam Al-Quran

Mei 27, 2019 Add Comment

Assalamualaikum! Bagi mendapatkan keberkatan dalam bulan Ramadan yang mulia, aktiviti diteruskan dengan majlis khatam Al-Quran yang telah pun berlangsung dengan jayanya di sekolah. 

Seramai 30 orang pelajar yang terdiri dari pelajar-pelajar tahun 3,4,5 & 6 telah mengambil bahagian dalam majlis ini. Majlis turut dirasmikan oleh Guru Besar, Pn. Norliza dan dihadiri oleh YDP PIBG, Pn. Airudiza.


PROGRAM : MAJLIS KHATAM AL-QURAN
TARIKH : 24 MEI 2019
MASA : 8.45 PAGI HINGGA 10.15 PAGI
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
PERINGKAT : SEKOLAH

Penerimaan Buku BH Didik Oleh Pelajar Tahun 6

Mei 25, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru ini, pelajar-pelajar Tahun 6 telah menerima sumbangan buku BH Didik dari sekolah. Diharap para pelajar dapat mengambil peluang ini untuk belajar lebih kuat dan rajin serta membuat lebih banyak latihan dalam subjek teras demi peperiksaan UPSR yang akan tiba tak lama lagi.

Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan penyumbang yang ikhlas menyumbang.


Pelancaran Program Bulan Dakwah KPM

Mei 16, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

PROGRAM : BULAN DAKWAH KPM
TARIKH : 10 Mei 2019
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD

Sempena bulan Ramadan yang mulia, sekolah menerusi Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan program Bulan Dakwah KPM. Majlis pelancaran dirasmikan oleh Guru Besar, Pn. Norliza Mohd Yusoff.


Aktiviti Bulan Ramadan

Mei 15, 2019 Add Comment

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Bulan Ramadan yang mulia bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Bulan yang penuh berkat dan rahmat ini juga perlu diisi dengan aktiviti-aktiviti yang baik dan menjadi contoh kepada pelajar lain. Justeru, sepanjang bulan Ramadan, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti tadarus al-Quran dan bacaan pagi yang disertai oleh guru-guru dan pelajar Tahap 2.

Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan diketuai oleh seorang guru yang akan memantau bacaan ayat-ayat al-Quran.


Program Ihya Ramadan Peringkat Negeri Selangor

Mei 13, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena bulan Ramadan yang mulia, sekolah telah menghantar wakil sekolah dari Persatuan Puteri Islam (PPIM) untuk hadir di Program Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Selangor.

Program yang berlangsung dari pagi sehingga petang ini turut diiringi oleh guru pengiring, ustazah Hindun.

PROGRAM : IHYA' RAMADAN 2019
PERINGKAT : NEGERI SELANGOR
TARIKH : 11HB MEI 2019 BERSAMAAN 6 RAMADAN (SABTU)
MASA : 8.00AM-2.00PM
TEMPAT : MASJID PUNCAK ALAM SELANGOR



Majlis Penyerahan ID Frog VLE & Kelas Pintar IT 2019

Mei 06, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

PROGRAM : PENYERAHAN ID Frog VLE & Kelas Pintar IT
TARIKH : 3HB MEI 2019 (JUMAAT)
TEMPAT : MAHLIGAI PINTAR IT

Majlis penyerahan telah dibuat di mahligai pintar IT sekolah dan disampaikan oleh Guru Besar, Pn. Norliza. Seramai 30 orang murid telah mendaftar untuk menyertai kelas komputer yang akan diadakan setiap hari Jumaat.