Karnival Pasukan Unit Beruniform Persatuan Puteri Islam

Februari 27, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu lepas, wakil sekolah Persatuan Puteri Islam telah menyertai Karnival Pasukan Unit Beruniform yang telah dianjurkan di SK Danau Perdana, Kuala Lumpur.

PROGRAM : KARNIVAL PASUKAN UNIT BERUNIFORM
TARIKH : 23 FEBRUARI 2019 
TEMPAT : SK DANAU PERDANA
PERINGKAT : PERINGKAT KEBANGSAAN (ZON TENGAH)



Kejohanan Bola Jaring MSSD Petaling Utama 2019

Februari 22, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Setelah berhempas pulas berlatih selama 2 bulan, akhirnya pasukan bola jaring sekolah telah mendapat kejayaan dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD Petaling Utama baru-baru ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada guru-guru dan ibubapa yang terlibat melatih pelajar-pelajar kita sehingga berjaya ke melangkah ke separuh akhir Kejohanan Bola Jaring MSSD Petaling Jaya 2019.

PERTANDINGAN : KEJOHANAN BOLA JARING MSSD
PERINGKAT : DAERAH PETALING UTAMA
TARIKH : 22 FEBRUARI 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : SMK KELANA JAYA


Kejohanan Merentas Desa 2019

Februari 21, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Setiap tahun, program merentas desa peringkat sekolah menjadi antara agenda sukan sekolah yang wajib bagi melahirkan pelajar sihat dan cergas. Tahun ini, acara merentas desa bagi Tahap 1 & 2 telah pun selamat diadakan pada minggu lepas.

ACARA : PROGRAM MERENTAS DESA 2019
TARIKH : 20 FEBRUARI 2019 (RABU)
TEMPAT : KAWASAN SEKOLAH



Program Jom Ke Sekolah

Februari 19, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu majlis pelancaran pemuafakatan KPM & PDRM telah diadakan di sekolah baru-baru ini. Majlis tersebut berlangsung dengan kehadiran wakil dari PDRM bagi merasmikan Program Jom Ke Sekolah yang turut dirasmikan oleh Guru Besar, Pn. Norliza Yusoff.

PROGRAM : MAJLIS PEMUAFAKATAN KPM & PDRM (PROGRAM JOM KE SEKOLAH)
TARIKH : 18 FEBRUARI 2019 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD




Notis Jemputan Ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46

Februari 14, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu surat jemputan ke Mesyuarat Agung PIBG ke-46 telah diedarkan kepada semua pelajar untuk diberikan kepada ibubapa masing-masing. Bersama surat jemputan, turut dikepilkan surat usul/cadangan untuk ibubapa kemukakan dan akan dibincangkan bersama ketika mesyuarat berlangsung.




Mohon agar ibubapa dapat menyerahkan surat jawapan beserta usul/cadangan kepada pihak sekolah selewat-lewatnya sebelum atau pada 15 Februari 2019 (Jumaat). 

Takwim Peperiksaan & Pentaksiran Tahun 2019

Februari 13, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Takwim Peperiksaan & Pentaksiran bagi tahun 2019. 

Mohon kepada semua ibubapa dan guru-guru untuk menyemak tarikh baru bagi peperiksaan utama iaitu USPR, PT3, SPM, STPM, STAM dan lain-lain yang berkenaan untuk memudahkan urusan persediaan peperiksaan murid-murid yang terlibat.

Dibawah adalah lampiran jadual Peperiksaan UPSR & Pentaksiran bagi Tahun 1,2 & 3 sebagai rujukan.




Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber 2019

Februari 01, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

ACARA : MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS & PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI 2019
TARIKH : 28 JANUARI 2019
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD SKJS(1)

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber bagi sesi 2019. Majlis turut menyaksikan penyerahan sijil pelantikan yang disampaikan oleh Guru Besar SKJS(1).

Selepas penyerahan sijil, semua murid membacakan ikrar pelantikan bersama-sama.