Memaparkan catatan dengan label UPSR 2019. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPSR 2019. Papar semua catatan

Tarikh Rasmi Semakan Keputusan UPSR 2019

November 12, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung tarikh rasmi bagi semakan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019. Selain keputusan UPSR, ibubapa juga boleh menyemak keputusan bagi Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) 2019 bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran pada tarikh yang sama.

Majlis Restu Ilmu

September 03, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Menjelang hari penting iaitu peperiksaan UPSR yang bakal tiba, pihak sekolah melalui Guru Besar dan PK HEM telah mengadakan Majlis Restu Ilmu bersama murid-murid Tahun 6 bagi memberikan kata-kata semangat dan motivasi sebelum menduduki peperiksaan pada Rabu depan.

PROGRAM : MAJLIS RESTU ILMU
TARIKH : 30 OGOS 2019
TEMPAT : BILIK GERAKAN

Selain dari itu, Guru Besar turut menyampaikan sumbangan cenderahati berupa alat tulis kepada semua pelajar Tahun 6 yang disumbangkan oleh Pn. Rosnah.



Program Motivasi, Solat Hajat Dan Bacaan Yasin UPSR 2019

Ogos 29, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Peperiksaan UPSR semakin menghampiri harinya. Selain membuat persiapan dari segi ilmu dan latih tubi di sekolah, persiapan rohani juga amat penting demi memperolehi keberkatan dariNya. Untuk itu, pihak sekolah telah menyertai program solat hajat bersama pihak PPD Petaling Utama untuk murid-murid UPSR.

PROGRAM: PROGRAM SOLAT HAJAT SERTA BACAAN YASIN SEMPENA UPSR 2019
TARIKH : 22HB OGOS 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : MASJID DATO'HAJI KAMARUDDIN, KG BAIDURI
MASA : 5.30PTG HINGGA 10.00MALAM
PENGANJUR BERSAMA : MASJID DATO'HAJI KAMARUDDIN & SK KG TUNKU DENGAN KERJASAMA PPD PETALING UTAMA

Selain solat Maghrib, Isyak dan solat hajat berjemaah, turut diadakan bacaan Yasin dan ceramah motivasi pada sebelah petang dan selepas Maghrib. Ibubapa murid-murid yang mengambil peperiksaan UPSR juga turut hadir mengimarahkan program solat hajat ini.


Taklimat Peperiksaan UPSR 2019

Ogos 25, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru ini, satu sesi taklimat peperiksaan UPSR dan sesi menandatangani Borang AMARAN Peperiksaan/Pentaksiran oleh calon UPSR 2019 telah diadakan bersama Guru Besar di Bilik Gerakan sekolah.


Motivasi Untuk Murid Tahun 6

Julai 25, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kurang dari seminggu, murid-murid Tahun 6 akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR yang akan bermula pada 29hb Julai sehingga 2hb Ogos 2019.


Justeru, Guru Besar sekolah telah mengadakan satu sesi perjumpaan dengan murid-murid Tahun 6 untuk memberi motivasi kepada mereka.

Bengkel Menggapai Harapan Fasa 1

Julai 22, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Salah satu program sekolah untuk murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini, iaitu Bengkel Menggapai Harapan (2 Fasa) telah pun bermula pada hari Jumaat lepas. 

Bengkel Menggapai Harapan Fasa 1 diadakan selama 2 hari bermula pada hari Jumaat (19hb Julai 2019) dan Sabtu (20hb Julai 2019) dari jam 8 pagi hingga 5 petang. 


Program Task Force UPSR 2019 : Bengkel Menggapai Harapan

Julai 16, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Task Force UPSR akan menjalankan Bengkel Menggapai Harapan untuk murid Tahun 6. Bengkel ini akan dibahagikan kepada 2 Fasa dan dijalankan pada hari Jumaat dan Sabtu.


Tarikh : 19hb dan 20hb Julai 2019 (Fasa 1)
23hb dan 24hb Ogos 2019 (Fasa 2)

Hari : Jumaat & Sabtu

Masa : 8.00pagi hingga 5.00petang


Satu surat makluman telah diedarkan kepada murid untuk diberikan kepada ibubapa sebagai makluman dan rujukan untuk urusan pengangkutan ke sekolah dan lain-lain yang berkaitan. 



Seminar Pecutan Akhir Matematik UPSR

Julai 09, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Pihak kami ingin menjemput murid-murid sekolah menghadiri  Seminar Pecutan Akhir Matematik UPSR, pada 4 Ogos 2019 (Ahad) di Dewan MPSJ, USJ 7, Subang Jaya. 

Kami juga mohon jasa baik cikgu2 untuk memanjangkan program ini kepada ibu bapa pelajar sekolaH. Semoga program ini mampu membantu pelajar meningkatkan pencapaian Matematik mereka. 


Program Task Force UPSR 2019 : Gerak Gempur UPSR

Julai 06, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Untuk makluman kepada ibubapa terutama bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Di bawah dilampirkan jadual kelas gerak gempur bagi subjek teras yang akan diadakan sepanjang bulan Julai dan awal Ogos.




Penilaian Prestasi Diri & Penetapan Target UPSR.

Jun 28, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bagi memastikan pelajar-pelajar Tahun 6 bersedia sepenuhnya bagi menduduki peperiksaan penting UPSR tahun ini, pihak sekolah telah mengambil inisitatif untuk mengadakan beberapa program dan kelas tambahan 

Selain itu, satu sesi perjumpaan Guru Besar bersama pelajar-pelajar Tahun 6 telah diadakan baru-baru ini. Dalam perjumpaan tersebut, pelajar-pelajar perlu menyerahkan graf prestasi diri untuk 6 kertas subjek teras UPSR yang akan bakal diduduki dalam bulan September ini.



Penerimaan Buku BH Didik Oleh Pelajar Tahun 6

Mei 25, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru ini, pelajar-pelajar Tahun 6 telah menerima sumbangan buku BH Didik dari sekolah. Diharap para pelajar dapat mengambil peluang ini untuk belajar lebih kuat dan rajin serta membuat lebih banyak latihan dalam subjek teras demi peperiksaan UPSR yang akan tiba tak lama lagi.

Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan penyumbang yang ikhlas menyumbang.


Bengkel Teknik Menjawab Kertas Bahasa Inggeris UPSR

Mac 15, 2019 Add Comment

Asslamualaikum dan selamat sejahtera

Pelajar-pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini mendapat bimbingan dan tips melalui bengkel teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris. Ceramah disampaikan oleh 2 orang guru yang berpengalaman.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA INGGERIS UPSR
Anjuran : Kelab Panitia Bahasa Inggeris
Penceramah 1 : Cik Vanida Muniandy (Guru BI SKJS(1))
Penceramah 2 : Pn Santhy Vadiveloo (Guru BI SK Sri Petaling)



Program Jaya Waris Tahun 6

Mac 08, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Demi membentuk pemuafakatan antara ibubapa calon UPSR 2019 dengan pihak sekolah, Program Jaya Waris Tahun 6 telah diadakan atas inisiatif Unit Kurikulum dan Unit Bimbingan & Kaunseling. 

Program khas untuk pelajar Tahun 6 ini memberi ruang kepada ibubapa/penjaga mengetahui dengan lebih mendalam tentang pencapaian akademik anak-anak serta matlamat yang boleh dicapai untuk UPSR tahun ini.

PROGRAM : PROGRAM JAYA WARIS TAHUN 6
TARIKH : 7 MAC 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
ANJURAN : UNIT KURIKULUM DAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
PENGLIBATAN : PELAJAR TAHUN 6 DAN IBUBAPA/PENJAGA
PENCERAMAH JEMPUTAN : En. Norselin Bin Abd. Wahab, Kaunselor dari IPGKBM, Kuala Lumpur

Objektif :
  1. Membolehkan para waris berbincang tentang pencapaian akademik anak-anak mereka
  2. Memberikan motivasi kepada murid Tahun 6 untuk berusaha dengan lebih tekun dalam meningkatkan prestasi akademik mereka
  3. Memberi ruang kepada para waris mendengar permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak mereka semasa berada di sekolah
  4. Membentuk permuafakatan yang jitu dan kukuh anatara ibubapa calon UPSR 2019 dengan pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi akademik anak-anak mereka.

Program Pengukuhan Diri Tahun 6

Mac 02, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Peperiksaan UPSR bakal menjelang, dan untuk itu satu program pengukuhan diri untuk pelajar-pelajar Tahun 6 telah diadakan di sekolah bagi mempersiapkan mereka dari segi motivasi dan semangat.

PROGRAM : PENGUKUHAN DIRI TAHUN 6
TARIKH : 1 MAC 2019 (JUMAAT)
TEMPAT : BILIK FROG
PENGLIBATAN : SEMUA MURID TAHUN 6
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DAN PANITIA P. ISLAM


Takwim Peperiksaan & Pentaksiran Tahun 2019

Februari 13, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Takwim Peperiksaan & Pentaksiran bagi tahun 2019. 

Mohon kepada semua ibubapa dan guru-guru untuk menyemak tarikh baru bagi peperiksaan utama iaitu USPR, PT3, SPM, STPM, STAM dan lain-lain yang berkenaan untuk memudahkan urusan persediaan peperiksaan murid-murid yang terlibat.

Dibawah adalah lampiran jadual Peperiksaan UPSR & Pentaksiran bagi Tahun 1,2 & 3 sebagai rujukan.