Memaparkan catatan dengan label Panitia Pendidikan Moral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panitia Pendidikan Moral. Papar semua catatan

Pertandingan Menganyam 'Thoranam' & Menghias Rangoli Kholam

Jun 07, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu pertandingan menganyam 'Thoranam' dan menghias kholam telah dianjurkan oleh bahagian Panitia Pendidikan Moral di sekolah pada 7hb Jun 2018. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Moral Tahun 1 hingga Tahun 6.

Beberapa aktiviti telah dipertandingkan, antaranya :

  1. Pertandingan 'Thoranam' - hiasan gantungan (Tahap 1 & 2)
  2. Pertandingan Menghias Kholam (Tahap 2)
  3. Pertandingan Mewarna Rangoli Kholam (Tahap 1)

Pertandingan Menganyam 'Thoranam'


Program Jalinan Masyarakat

April 02, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Panitia Moral SKJS(1) bersama Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti malaysia (FSSS,UM) sedang mengadakan Program Jalinan Masyarakat yang dikendalikan oleh mahasiswa/i India dari Universiti Malaya.

Program ini turut dihadiri oleh Bekas Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kajang, Encik Subra. Sijil penyertaaan akan diberikan oleh pihak Universiti Malaya.

Butiran Program 

TARIKH : 31 MAC, 1 APRIL, 7 APRIL & 8 APRIL 2018
TEMPAT : BILIK FROG SKJS(1)
PENGLIBATAN : MURID-MURID MORAL SKJS(1)
PENSYARAH UM : DR. G. SIVAPALAN

Terdapat juga slot untuk ibubapa pada 1 April 2018 (Ahad) yang lepas bersama pensyarah UM tentang 'Cara-cara mudah untuk mengajar Bahasa Tamil di rumah'.