Isnin, 2 Januari 2017

Sejarah SK Jalan Selangor (1)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sekilas pandang Hari Ini Dalam Sejarah

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Selangor, Petaling Jaya, Dibina pada tahun 1966 dan siap pada tahun 1967. Sekolah ini khas untuk murid-murid perempuan sahaja.

Oleh kerana bangunan yang dibina belum siap hendak digunakan pada tahun 1966, murid-murid sekolah ini ditempatkan buat sementara waktu di Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya, Lorong Masjid pada waktu petang sahaja di bawah kelolaan Guru Besar iaitu Puan V.E Lorenz dengan dibantu oleh 5 orang guru dan 222 orang murid.

Pada bulan Jun 1967, kumpulan pertama murid-murid itu pun dipindahkan ke dua blok bangunan baru yang mengandungi 15 buah bilik darjah. Puan V.E Lorenz dengan pertolongan Pengerusi Lembaga Sekolah iaitu Dr Hooi Peng Kwan dan ahli-ahli lembaga telah mengatasi beberapa masalah bangunan dan padang sekolah tersebut.

Pada Januari 1968, semua murid perempuan dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Jalan 1 telah dipindahkan ke sekolah ini dan menjadikan murid seramai 707 orang dan 18 orang guru.

Pada Jun 1971, sekolah ini telah dibahagikan kepada 2 buah sekolah iaitu di bawah pentadbiran 2 orang guru besar dan 18 orang guru dengan nama baru iaitu SRK (1) Jalan Selangor dan SRK (2) Jalan Selangor. Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan (2)  Jalan Selangor ialah Puan Chan Kwi Choon, Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah ditubuhkan pada tahun 1973 untuk menjalinkan hubungan rapat antara guru-guru dan ibubapa.

Antara tahun 1969-1975, seramai 120 orangm urid telah menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan 1 dan Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist, Petaling Jaya sementara menantikan bangunan baru sekolah di Jalan Selangor siap dibina.

Pada tahun 1976, bangunan baru di blok B siap dibina dengan tambahan 10 buah bilik darjah dan semua murid di sekolah ini dapat berada di bangunannya sendiri. Pada 16 April 1977, Guru Besar pertama iaitu Puan V.E Lorenz telah bersara dan diambil alih oleh Puan Beatrice Tan selaku Guru Besar kedua pada 1 Disember 1977.

Pada tahun 1983, perpustakaan sekolah siap dibina dengan bantuan PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan (1) dan (2) dan telah dirasmikan oleh Encik Saw Chee Leng, tuan Pengarah Pelajaran Selangor pada 11 Mac 10983. Pada 12 Jun 1984, Puan Beatrice Tan telah bersara dan digantikan dengan Puan Lucy Koay. Pada tahun 1988, nama SRK (1) Jalan Sleangor telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor (1).

Pada tahun 2003, Bilik Gerakan, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, kolam ikan, surau dan pondok jaga telah didiadakan oleh Puan Hajah Bibi Maria Binti Hussain, Guru Besar SK Jalan Selangor (1) yang ke-10.

Pada tahun 2005, Dewan Zamrud, Bilik Rawatan, Pondok Nilam telah diwujudkan oleh Puan Hajah Narimah Bt Md. Yossof, Guru Besar SK Jalan Selangor (1) yang ke-13. Manakala pada tahun 2009, sebuah kolam ikan keli dan kebun buah naga telah diusahakan oleh pihak PIBG sekolah.


















Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan