Rabu, 31 Januari 2018

Enrolmen Murid 2018


Data enrolmen murid SKJS(1) sehingga 9 Januari 2018 adalah seperti berikut :


Tahun 1 - 34 orang murid

Tahun 2 - 28 orang murid

Tahun 3 - 21 orang murid 

Tahun 4 - 27 orang murid

Tahun 5 - 23 orang murid

Tahun 6 - 17 orang murid


Jumlah semua = 150 orang murid*




* data mungkin berubah dari masa ke semasa kerana pertukaran keluar dan masuk pelajar


Disediakan oleh : Hanim Hashim

Isnin, 29 Januari 2018

Carta Organisasi Induk Bidang Kokurikulum 2018



Penyerahan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (BKPA1M) Bagi Tahun 2018 (Fasa 1)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu surat makluman tentang penyerahan wang bantuan khas awal persekolahan telah dikeluarkan pada 26 Januari 2018 bagi mereka yang layak. Surat tersebut telah diedarkan kepada murid-murid berkenaan untuk diserahkan kepada ibubapa/penjaga. Ibubapa/penjaga hendaklah datang ke sekolah membawa bersama salinan kad pengenalan ketika mengambil wang bantuan di sekolah.

AKTIVITI : PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN (RM100)
TARIKH : 30 JANUARI 2018 (SELASA)
MASA : 9.00PAGI
TEMPAT : PEJABAT




Jumaat, 26 Januari 2018

Program Transformasi Diri (PTD) Pelajar Tahap 2


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

1.    PENGENALAN
Program Transformasi Diri ini adalah satu program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling yang dijalankan pada setiap tahun untuk semua murid Tahap 2.



2.            OBJEKTIF
1.  Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri murid-murid yang mana secara tidak langsung memperbaiki setiap kelemahan dan mengukuhkan lagi kekuatan murid-murid.
2. Mewujudkan sikap ingin tahu dan mencuba perkara-perkara baharu yang positif dan berfaedah untuk masa depan mereka.
3. Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbilang kaum dan saling menyayangi antara murid dengan murid dan murid dengan guru.

ACARA : PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD)
TARIKH : 23 JANUARI - 25 JANUARI 2018
TEMPAT : KELAS TAHUN 4,5 & 6
SASARAN : 66 PELAJAR TAHUN 4,5 & 6


Tahun 4

Khamis, 25 Januari 2018

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber & Ketua Kelas 2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

ACARA : MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER & KETUA KELAS SESI 2018
TARIKH : 22 JANUARI 2018
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)


Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah terpilih untuk menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber bagi sesi 2018. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah buat murid-murid yang dipilih menjadi Ketua Kelas. Semoga yang terpilih dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah serta menjadi pelajar contoh kepada murid-murid lain di sekolah.

Majlis turut menyaksikan penyerahan sijil pelantikan yang telah disampaikan oleh Guru Besar SK Kebangsaan Jalan Selangor (Satu).

Selepas penyerahan sijil, semua murid membacakan ikrar pelantikan bersama-sama.



Guru-guru SKJS (1) 2018



A good teacher can inspire hope, ignite
the imagination, and instill a love of learning
~Brad Henry~





Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim

Isnin, 22 Januari 2018

Cadangan Aktiviti Program Transformasi Diri 2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu Program Transformasi Diri untuk pelajar Tahun 5 akan diadakan pada 24 Januari 2018 di sekolah. Pelajar-pelajar perlu membawa buku teks BM & BI sahaja. Selain itu, pelajar juga perlu menyediakan :
  1. alat tulis, 
  2. pensil warna 
  3. buku catatan.

Beberapa aktiviti telah disusun bagi menjayakan program ini. Ibubapa boleh merujuk gambar dibawah. 




Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim

Carta Organisasi Unit Displin & Lembaga Pengawas 2018



Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim

Pertukaran Dan Penempatan Murid Sekolah Rendah


DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PERLU DIKEMUKA OLEH IBU BAPA / PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH
1. Borang SRTATS (diisi ibu bapa/penjaga)
2. Salinan sijil lahir murid
3. Salinan K/P murid , ibu bapa / penjaga
4. Salinan surat nikah
5. Surat hak penjagaan anak (kes perceraian)
6. Surat anak angkat (jika anak angkat)
7. Bil utiliti (alamat terkini)
DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN
1. Borang P.U.(A) 275 Jadual ketiga (diisi pihak sekolah)
2. Senarai semak dokumen yang diperlukan
3. Salinan sijil lahir murid
4. Salinan K/P murid , ibu bapa / penjaga
5. Salinan surat nikah
6. Salinan sijil cerai
7. Surat hak penjagaan anak (kes perceraian)
8. Surat anak angkat (jika anak angkat)
9. Bil utiliti (alamat terkini)


Ahad, 21 Januari 2018

Carta Organisasi Lembaga Pengawas Sekolah 2018





Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim


Majlis Penutup Program Transisi 2018


PROGRAM TRANSISI GURU PENYAYANG TAHUN 1 -2018


Pengenalan

Program Transisi 1 merupakan satu program yang telah dirangka demi membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal samada di rumah atau di pra sekolah kepada pendidikan secara formal di tahun satu persekolahan. Program yang dilaksanakan ini dapat diharapkan membantu kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang , sosio-ekonomi , persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia untuk meneruskan pembelajaran.

3.0  Objektif

-Murid-murid dapat meyesuaikan diri dengan persekitaran , guru-guru  dan kawan baharu dalam masa yang singkat.

-Meningkatkan minat dan semangat murid-murid untuk datang ke         sekolah tanpa menimbulkan banyak masalah.

-Mewujudkan suasana peralihan pembelajaran yang menyeronokkan     serta sesuai dengan kesinambungan kurikulum pra sekolah kepada        tahun satu.

-Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan secara kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pegajaran dan pembelajaran secara formal.


4.0  Kumpulan sasaran


4.1  Murid-murid tahun satu (34 orang)


TARIKH : 19 JANUARI 2018

MASA : 08.00 PAGI
TEMPAT : KELAS 1 CEMPAKA




Pelaksanaan

Bil
Tarikh
Aktiviti
Tempat
1
29/12/2018
1.    Hari Orientasi Tahun 1 / Taklimat kepada ibu bapa
2.      Pepeperiksaan diagnostik murid-murid Tahun 1
1.      Di Dewan Zamrud
2.      Di Tahun 1 Cempaka

2
2/1/2018 -
19/1/2018
Aktiviti program transisi mengikut buku aktiviti yang telah dirancang untuk aktiviti di dalam kelas atau di luar kelas

1.      Modul transisi
3
19/1/2018
Majlis Penutupan Program Transisi 2018

Di Tahun 1 Cempaka



Murid-murid Tahun 1 sedang mengikuti mata pelajaran Bahasa Inggeris di Makmal Komputer bersama dengan En.Raj. Murid-murid sedang didedahkan dengan "phonics"

Jumaat, 19 Januari 2018

Surat Jemputan & Notis Mesyuarat Agung PIBG SKJS (1) Kali Ke-45


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45 akan diadakan pada 24 Februari 2018 bertempat di Dewan Zamrud SKSJ(1). Satu surat jemputan telah dikeluarkan pada 17 Januari 2018 dan telah diedarkan kepada murid-murid untuk diberikan kepada ibubapa/penjaga.

Turut disertakan bersama surat adalah borang jawapan kehadiran dan notis usul untuk ibubapa/penjaga membuat sebarang cadangan atau usul yang akan dibangkitkan ketika mesyuarat agung nanti.

Borang jawapan hendaklah dikembalikan kepada guru masing-masing sebelum atau pada 30 Januari 2018.





Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim

Rabu, 17 Januari 2018

SENARAI TUGAS GURU KELAS


Pengurusan dan Organisasi kelas
Membentuk organisasi kelas yang terdir daripada Ketua Kelas. Penolong Ketua Kelas, Bendahari, AJK kebersihan dan AJK Keceriaan, memastikan AJK kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang  sampah. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa kesemasa, menyediakan  langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.
  •  Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas
    • Jadual waktu
    • Jadual Tugas
    • Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan hitam diiventorikan
    • Moto Kelas.
    • Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah.
       
  • Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
  • Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru-guru penyelaras kursus 
    yang berkenaan.
  • Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
  • Jadual kedatangan dan kedatangan pelajar.
    • Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar pelajar di pejabat.
    • Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas.
    • Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
    • Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan diselenggarakan seperti yang diarahkan. 
             (a)  Buku diambil dan dihantar pada waktu dan ditempat yang dtetapkan.
             (b)   Menjamin keselamatan buku tersebut.
  •  Laporan pelajaran, sijil berhenti dan surat akuan
    • Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal.
    • Menyampaikan slip kemajuan pelajar kepada ibu bapa setiap kali selepas ujian.peperiksaan.
  • Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin. 
    • Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik
    • Mengalakkan pertandingan yang berbentuk akademik. Dan memberikan hadiah ( jika perlu)
    • Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
    • Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar.
    • Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah  kesihatan
    • Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
    • Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut
(a) Mendapat dan mengisi dalam buku kesalahan disiplin murid.  
(b) Menghantar murid kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Guru Disiplin.
  • Buku teks, biasiswa dan bantuan 
    •  Memastikan skim pinjman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.
    • Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.
    • Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT
    • Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
    • Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.
    •  
  • Kutipan Yuran dan Derma 
    • Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus.
    • Mengutip derma PIBG
    • Mengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.
    • Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.
    • Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan kepada Pembantu Tadbir pada hari yang sama.
    • Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG .
  •  Pendaftaran Pelajar Baru 
    • Menerima kemasukkan pelajar baru, ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada daripada Penolong Kanan HEM.
    • Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks.
    • Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa.
    • Menentukan rumah sukan.
    • Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
  • Murid Keluar 
    • Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi setiap pelajar.
    • Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
    • Menentukan buku teks telah dipulangkan.
    • Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.

  • Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain. 
    • Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum.
    • Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum. 

Selasa, 16 Januari 2018

Surat Kebenaran Program Meningkatkan Akademik 2018 : Kelas Tambahan


Assalamualaikum selamat sejahtera 

Bermula bulan Februari sehingga bulan Oktober 2018, SK Jalan Selangor (Satu) akan menjalankan Program Kelas Tambahan pada Hari Sabtu untuk murid Tahun 4 dan Tahun 5.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran. Surat makluman dan kebenaran telah pun diedarkan kepada murid untuk diberikan kepada ibubapa/penjaga pada 16 Januari 2018.

Borang jawapan perlu diberikan kepada guru masing-masing dengan kadar segera. Turut dilampirkan dibawah adalah Jadual Kelas Tambahan Tahun 4 & Tahun 5 bagi Tahun 2018



Khamis, 11 Januari 2018

Jadual Waktu Kelas 2018


Nota - Sebarang perubahan jadual waktu akan dimaklumkan kepada pelajar dari masa ke semasa oleh guru kelas. Sila klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.


1 CEMPAKA

2 DAHLIA

3 KENANGA

4 MAWAR

5 MELUR

6 SIANTAN


Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim

Rabu, 10 Januari 2018

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT-UNIT HAL EHWAL MURID


1.0 GURU DISIPLIN

1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.

2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.

3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.

4.  Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.

5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.

6.    Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah.

7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan.

8.    Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai.

9.    Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah.

10.Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah.

11.Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah.

12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya.

13.  Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah pelajar.

14.Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan mengumumkan kelas yang paling kotor.

Disiplin

·         Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
·         Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
·         Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
·        Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku.
·         Menyelaras dan menyediakan rekod dan laporan disiplin murid.


2.0 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.    Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling sekolah.

2.    Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui
kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru,
pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.

3.    Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

4.    Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada
semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5.    Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan
tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6.    Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara
profesional dan beretika.

7.    Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua
pelajar.

8.    Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan
mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti UPSR.

9.    Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10.  Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultansi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

11.  Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

12.  Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

13.  Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

14.  Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15.  Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

16.  Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.

17.  Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

18.  Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

19.  Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

20.  Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

21.  Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

22.  Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.

23.  Menjadi ex-officio dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

24.  Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.

25.  Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.


Bimbingan dan Kaunseling
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
  • Menyelaras dan menyediakan rekod dan kaunseling murid serta menyediakan laporan yang diperlukan.
  • Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
  • Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru.

3.0  UNIT 3K (KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN)

1.    Menyediakan takwim aktiviti tahunan semua kegiatan yang berkait dengan kebersihan, kesihatan dan keselamatan sekolah.
2.    Merancang program peningkatan untuk kebersihan, kesihatan dan keselamatan sekolah.    
3.    Menyedia dan mengagihkan senarai tugas dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan.     
4.    Memastikan persekitaran bersih dan selamat.
5.    Menjalankan gotong royong membersih  kawasan sekolah.
6.    Memastikan pelaksanaan program berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7.    Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa
Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan Sekolah
·         Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi kebersihan, keceriaan dan keindahan sekolah.
Program Pelindungan Murid (Keselamatan)
·         Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah.
·         Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.
Kesihatan
·         Mengurus kemudahan rawatan murid.
·         Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna.
·         Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain.
·         Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.
·         Menyelaras aktiviti kesihatan murid.

4.0  TUGAS GURU SPBT

1.    Mengurus dan melaksanakan program SPBT di sekolah ;
2.    Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan dengan SPBT;
3.    Mengurus bilik operasi SPBT sekolah(boss);
4.    Menyediakan permohonan keperluan buku teks dengan tepat dan benar;
5.    Menyelaras pengedaran, pengumpulan dan menyemak borang penentuan kelayakan;
6.    Mendapatkan dan merumus data enrolmen murid daripada jk kelayakan;
7.    Menyelaras penyerahan dan pemulangan buku teks SPBT serta menyemak pengisian borang rekod pinjaman SPBT;
8.     Mengurus dan mengemaskini semua fail serta buku stok SPBT;
9.    Menerima dan menyemak bekalan buku teks daripada penerbit dan memastikan buku-buku tersebut direkodkan di dalam buku stok dan menyemak buku stok agar sentiasa dikemaskini;
10.  Memastikan semua buku teks SPBT dicap dan diproses dengan betul;
11.  Menjalankan pemeriksaan fizikal berkala ke atas buku teks;
12.  Mengurus pelupusan buku teks spbt mengikut masa yang telah ditetapkan;
13.  Menjadi Setiausaha dalam JK SPBT Sekolah dan Pen Setiausaha dalam JK kelayakan murid;
14.  Melaporkan kepada Pen Kanan HEM sebarang masalah berkaitan SPBT;
15.  Merancang dan mengurus baik pulih buku teks;
16.  Menjadi penasihat kelab SPBT sekolah.
17.  Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
18.  Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik SPBT.
19.  Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.

5.0 UNIT KEBAJIKAN

Jawatankuasa Bantuan Persekolahan
Satu Jawatankuasa Pengurusan Bantuan peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar/Guru Besar perlu ditubuhkan.  Jawatankuasa ini terdiri daripada pihak sekolah dan sekurang-kurangnya 2 wakil bukan guru dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) bagi menyemak dan memperakukan murid/pelajar yang layak.
Fungsi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan peringkat sekolah adalah seperti berikut:
1.    Mengadakan mesyuarat untuk memilih dan mengesahkan murid/pelajar miskin yang layak.

2.    Menyediakan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan di peringkat sekolah dan perlu disimpan untuk tujuan audit dan pemantauan.

3.    Mengenalpasti kaedah terbaik pengagihan bantuan. (Rujuk pekeliling berkaitan Tatacara Kewangan dan Perakaunan Penyaluran Pemberian dan Bantuan Kewangan ke Sekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM).
Guru Besar/Guru Besar, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan peringkat sekolah adalah bertanggungjawab menentukan hanya murid/pelajar yang benar-benar layak sahaja diberi bantuan. Tindakan boleh dikenakan kepada Guru Besar/Guru Besar sekiranya berlaku ketidakpatuhan kepada kriteria dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian.
Sekiranya pihak Jawatankuasa mendapati terdapat keraguan yang timbul ataupun terdapat maklumat palsu pada mana-mana bahagian yang diisytiharkan, pihak Jawatankuasa berhak untuk tidak meluluskan permohonan tersebut.


Bantuan Kerajaan
  • Menyelenggarakan perakuan-perakauan biasiswa dan bantuan (RMT, KWAPM, 1 Vitamin 1 Murid, Program Susu Selolah dll)
  • Mengemaskini rekod bantuan.
  • Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid

6.0  SENARAI TUGAS GURU DATA

Peringkat  : Sekolah Menengah/Rendah
Jawatan    : Guru Data Sekolah DG41/DGA32/DGA29
Waktu Bertugas  : Mengikut waktu persekolahan (bagi sekolah dua sesi waktu
  bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi)


1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Guru Besar (MGB).

2.  Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah  yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat  Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.

b)    Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti EMIS iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan:

                                          i.    Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;
                                         ii.    Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;
                                        iii.    Staf bukan guru;
                                       iv.    Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;
                                        v.    Pendaftaran PTK;
                                       vi.    Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

c) Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), KWAMP, peperiksaan, asrama, kokurikulum, Buku Teks dll.
d)   Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT.
e)    Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat sekolah  bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

3. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah.

4.   Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS).

5.   Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semas

GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH

Adalah menjadi tanggungjawab Guru Data:

1.    Mengemas kini data EMIS Online.
2.  Mematuhi tarikh kutipan dan garis panduan penyelenggaraan yang telah ditetapkan.
3.    Memastikan data disemak dan disahkan.
4.  Menyediakan laporan atau catatan yang diperlukan contoh: catatan atau alasan bagi turun/naik (perubahan) data enrolmen dan ditentu sah oleh GPK1 selaku Pengurus Maklumat Sekolah sebelum menghantar ke PPD.
5. Memastikan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi EMIS Online disemak dan disahkan oleh PGB sebelum dihantar ke PPD.
6.  Menyimpan dengan baik segala dokumen (bahan bercetak atau elektronik) berkaitan pengurusan data EMIS Online.
7. Menyelenggara komputer yang digunakan untuk tujuan pengurusan maklumat sekolah dengan baik. Segala kerosakan peralatan/perisian/talian internet hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Maklumat, PPD dengan segera supaya kutipan data tidak terganggu.
8.    Membuat salinan backup data pada setiap kutipan melalui proses muat turun dan menyimpan disket backup dengan baik.