Kem Bestari Solat (j-QAF)

April 25, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Program Kem Bestari Solat yang pertama telah dijalankan di sekolah pada minggu lepas dengan penglibatan pelajar-pelajar Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

PROGRAM : KEM BESTARI SOLAT
TARIKH : 21 APRIL 2018
MASA : 7.30PAGI - 2.30PETANG
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD , SKJS(1)
PENGLIBATAN : PELAJAR-PELAJAR ISLAM DARI TAHUN 1-6
GURU : USTAZAH HINDUN & USTAZ AHMAD


Karnival Sukan Remaja | Bola Jaring Hantar Pasukan

April 24, 2018 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pasukan bola jaring sekolah telah menyertai pertandingan bola jaring di Karnival Sukan Remaja anjuran MBPJ pada 20 - 20 April 2018. Acara berlangsung di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya bermula pada pukul 7.30pagi.

Tujuan penyertaan ini adalah bertujuan sebagai pendedahan awal dan pengalaman baru untuk pasukan bola jaring sekolah memantapkan lagi kemahiran dan melihat sejauh mana potensi pemain-pemain.




Kelas Taekwando Pertama 2018

April 23, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kelas Taekwando yang pertama telah pun bermula pada 14 April yang lalu dengan penyertaan murid-murid baru dari Tahun 1. Kelas ini diadakan pada setiap hari Sabtu bermula pada pukul 1.30pm sehingga 2.30pm.

ACARA : KELAS TAEKWANDO
TARIKH : SETIAP HARI SABTU
MASA : 1.30PM SEHINGGA 2.30PM
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD

Bagi ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan anak mereka ke kelas seni mempertahankan diri Taekwando ini, bolehlah berjumpa dengan tenaga pengajar pada hari Sabtu.

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100 dan yuran bulanan sebanyak RM30.

Kemeriahan Gerai Jualan Di Hari Kejohanan Sukan Tahunan

April 20, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Sempena kejohanan sukan tahunan SKJS(1) yang ke-47, PIBG sekolah telah memberi peluang kepada ibubapa yang berminat untuk membuka gerai jualan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dimana sebanyak 6 buah gerai telah dibuka pada hari sukan.

Pelbagai jenis makanan dijual pada hari tersebut seperti nasi lemak, mihun goreng, kek cawan, sandwich telur, sosej goreng, rojak buah, air kotak, air mineral, makaroni goreng dan banyak lagi.



Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke 47

April 18, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Setiap tahun, acara kejohanan sukan tahunan menjadi antara acara terpenting dalam kalendar takwim sekolah. Syukur alhamdulillah, warga SKJS(1) sekali lagi berpeluang menjayakan kejohanan sukan tahunan sekolah kali ke 47 pada tahun ini.

Kejohanan berlangsung dengan penuh semangat dan meriah dengan kehadiran ibubapa dan para pelajar terutama yang mengambil bahagian dalam acara sukan yang dipertandingkan. Cuaca yang baik sepanjang hari juga menjadi faktor kelancaran kejohanan sukan kali ini.


Makluman Surat Kem Bestari Solat (j-QAF)

April 17, 2018 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Satu program kem bestari solat anjuran pihak sekolah akan diadakan pada 21hb April 2018 bersamaan dengan hari Sabtu ini. Sehubungan itu, surat makluman kebenaran telah dikeluarkan kepada murid-murid beragama Islam untuk diberikan kepada ibubapa masing-masing.

Mohon agar ibubapa dapat memastikan anak-anak menghantar kertas jawapan sebelum 19hb April 2018 dan sedikit sumbangan wang untuk melancarkan perjalanan program ini. Surat kebenaran adalah seperti yang dilampirkan di bawah.




Disediakan oleh : Hanim Hashim

Perkhemahan Puteri PPIM Sekolah Rendah Di Kem Nur Laman Bestari Eco Resort

April 16, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu aktiviti perkhemahan oleh Pergerakan Persatuan Puteri Islam Selangor telah diadakan di Kem Nur Laman Eco Resort, Ulu Yam Baru selama 3 hari 2 malam. Program perkhemahan ini disertai oleh 40 orang pelajar dari setiap daerah dan 4 orang guru pemimpin dari setiap daerah.

SKJS(1) turut menghantar 5 orang pelajar untuk mewakili sekolah diiringi oleh guru pengiring, Pn. Hindon.

AKTIVITI : PERKHEMAHAN PUTERI PPIM (SEKOLAH RENDAH)
TARIKH : 11 APRIL - 13 APRIL 2018
TEMPAT : KEM LAMAN NUR ECO RESORT, JALAN ULU YAM BARU
PERINGKAT : NEGERI SELANGOR
PENGLIBATAN PELAJAR : 5 ORANG PELAJAR & 1 GURU PENGIRING (PN. HINDON) 



Kelas Taekwando

April 13, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada 11hb April 2018, pihak sekolah telah menerima kehadiran tenaga pengajar bagi promosi kelas Taekwando bertempat di pavilion sekolah. Promosi kelas taekwando ini bertujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar bagi mengikuti kelas mempertahankan diri.

Turut dipersembahkan ialah demo cara mempertahankan diri oleh tenaga pengajar.


Semak Keputusan Ujian 1 Di Laman SAPS

April 13, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


Keputusan Ujian 1 telah pun diperolehi dan ibubapa boleh menyemak keputusan anak masing-masing di laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk mengetahui markah setiap subjek dan kedudukan pelajar dalam kelas.



Pengumuman Cuti Peristiwa 9 Mei Sempena Hari Mengundi PRU 14

April 12, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Pengumuman cuti peristiwa khas telah dibuat oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14) yang jatuh pada tarikh 9hb Mei 2018 bagi semua sekolah seluruh negara.

Pengumuman tersebut dikeluarkan secara dalam satu surat rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 10hb April sebagai makluman dan tindakan pihak sekolah.



Disediakan oleh : Hanim Hashim

Makluman Surat Undangan Ke Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-47

April 09, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Satu kejohanan sukan tahunan kali ke-47 akan diadakan di SK Jalan Selangor (Satu) pada 15 April 2018 bertempat di padang sekolah SKJS(1). Satu surat undangan telah dikeluarkan oleh pihak sekolah dan diserahkan kepada para pelajar untuk menjemput ibubapa hadir ke acara sukan tahunan sekolah.


Slot Motivasi Mingguan Tahun 6 (4)

April 05, 2018 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

PROGRAM : SLOT MOTIVASI MINGGUAN
TARIKH : 3 APRIL 2018
TEMPAT : KELAS 6 SIANTAN, SKJS(1)
MOTIVATOR : GURU BESAR, CIKGU RAZWAN

Slot motivasi ini dijalankan selama 30 minit telah bermula pada bulan Februari sehingga September 2018, dan dikendalikan sendiri oleh Guru Besar, En. Razwan Mohd Zin.

Objektif 
  • Memberi motivasi kepada calon UPSR
  • Berkongsi teknik belajar yang berkesan
  • Teknik menjawab kertas peperiksaan
  • Persediaan dari aspek emosi dan rohani ditekankan


Perlawanan Bola Jaring Daerah Petaling

April 04, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Satu pertandingan bola jaring peringkat Daerah Petaling telah berlangsung baru-baru ini dan SKJS(1) telah menghantar pasukan untuk mewakili sekolah.

ACARA : PERTANDINGAN BOLA JARING
TARIKH : 2 APRIL 2018
TEMPAT : SK KELANA JAYA 1
PERINGKAT : DAERAH PETALING


Pasukan wakil sekolah SKJS(1)

Program Jalinan Masyarakat

April 02, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Panitia Moral SKJS(1) bersama Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti malaysia (FSSS,UM) sedang mengadakan Program Jalinan Masyarakat yang dikendalikan oleh mahasiswa/i India dari Universiti Malaya.

Program ini turut dihadiri oleh Bekas Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kajang, Encik Subra. Sijil penyertaaan akan diberikan oleh pihak Universiti Malaya.

Butiran Program 

TARIKH : 31 MAC, 1 APRIL, 7 APRIL & 8 APRIL 2018
TEMPAT : BILIK FROG SKJS(1)
PENGLIBATAN : MURID-MURID MORAL SKJS(1)
PENSYARAH UM : DR. G. SIVAPALAN

Terdapat juga slot untuk ibubapa pada 1 April 2018 (Ahad) yang lepas bersama pensyarah UM tentang 'Cara-cara mudah untuk mengajar Bahasa Tamil di rumah'.