Selamat Hari Guru 2021

Mei 16, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Walaupun kita masih berjuang dalam 'peperangan' memerangi wabak Covid-19 dan masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ingatan terhadap warga pendidik tidak pernah dilupakan. 


Meski sudah 2 tahun tiada sambutan di sekolah-sekolah seluruh negara, namun ucapan 'SELAMAT HARI GURU' dan terima kasih cikgu tanggal 16 Mei setiap tahun tanda tidak pernah dilupakan bagi meraikan penghargaan di atas jasa dan bakti para guru dan pendidik seluruh negara.


Justeru, warga SKJS(1) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK SELURUH NEGARA, KHUSUSNYA PARA GURU SKJS(1) SELANGOR.




Tema sambutan sempena Hari Guru 2021 ialah BERGURU DEMI ILMU BINA GENERASI BAHARU. Kepada murid-murid SKJS(1), hargai dan sayangilah guru-guru anda dan ibubapa berilah sokongan padu agar kita sama-sama dapat membina generasi baharu yang berilmu dan mempunyai jati diri yang tinggi.