Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 Secara Online

Mac 01, 2021 Add Comment

 

Permohonan dan pendaftaran murid Tahun 1 bagi pengambilan 2022 dan 2023 secara online melalui sistem aplikasi Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya untuk seluruh negeri Semenanjung Malaysia sahaja manakala bagi Negeri Sabah , Sarawak dan W.P Labuan adalah secara manual melalui sekolah.





Info Tahun Kelahiran / Sesi Persekolahan

Kemasukan Tahun 2022/2023
             Kemasukan Tahun 2022/2023
Tarikh Mula Pendaftaran
1 MAC 2021
Tarikh Tutup Pendaftaran
30 APRIL 2021


CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN SATU SECARA ONLINE

1. Isi Borang Online
Isi borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut adalah pautannya: https://public.moe.gov.my
2. Cetak Borang
Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.
3. Hadir Ke Sekolah Untuk Pengesahan
Selepas mendaftar secara online, ibu bapa diminta hadir ke sekolah yang dipohon dalam tempoh permohonan tersebut untuk membuat pengesahan.
Bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan:
1) Cetakan borang permohonan online
2) Sijil lahir / anak angkat
3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti)
4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
5) Surat nikah / surat cerai
6) Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan)
4. Semak Status Permohonan Tahun Satu
Selepas proses pendaftaran selesai, tunggu fasa selanjutnya untuk menyemak status permohonan. Semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu  biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/Ogos. Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.
Jika tidak berjaya, boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

Tindakan Ibubapa / Penjaga

Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara online dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.