Program Motivasi, Solat Hajat Dan Bacaan Yasin UPSR 2019

Ogos 29, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Peperiksaan UPSR semakin menghampiri harinya. Selain membuat persiapan dari segi ilmu dan latih tubi di sekolah, persiapan rohani juga amat penting demi memperolehi keberkatan dariNya. Untuk itu, pihak sekolah telah menyertai program solat hajat bersama pihak PPD Petaling Utama untuk murid-murid UPSR.

PROGRAM: PROGRAM SOLAT HAJAT SERTA BACAAN YASIN SEMPENA UPSR 2019
TARIKH : 22HB OGOS 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : MASJID DATO'HAJI KAMARUDDIN, KG BAIDURI
MASA : 5.30PTG HINGGA 10.00MALAM
PENGANJUR BERSAMA : MASJID DATO'HAJI KAMARUDDIN & SK KG TUNKU DENGAN KERJASAMA PPD PETALING UTAMA

Selain solat Maghrib, Isyak dan solat hajat berjemaah, turut diadakan bacaan Yasin dan ceramah motivasi pada sebelah petang dan selepas Maghrib. Ibubapa murid-murid yang mengambil peperiksaan UPSR juga turut hadir mengimarahkan program solat hajat ini.


Taklimat Peperiksaan UPSR 2019

Ogos 25, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru ini, satu sesi taklimat peperiksaan UPSR dan sesi menandatangani Borang AMARAN Peperiksaan/Pentaksiran oleh calon UPSR 2019 telah diadakan bersama Guru Besar di Bilik Gerakan sekolah.


Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan 2019

Ogos 12, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan dalam bulan Ogos ini, satu majlis perasmian Bulan Kebangsaan telah selamat dirasmikan oleh Guru Besar, Pn. Norliza Yusoff. Di majlis tersebut, semua guru dan murid turut menyanyikan lagu patriotik bersama-sama dengan penuh semangat sambil memegang bendera kebanggaan kita, bendera Malaysia.

PROGRAM : PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN 2019
TARIKH : 9HB OGOS 2019
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD