Makluman

2022

Pendaftaran Tahun 1

Recent Posts

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) UNTUK SEMUA MURID

Disember 23, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baru-baru ini, dalam pembentangan Bajet Mini 2023, kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibubapa. Justeru, dibawah disertakan soalan lazim berkaitan dengan BAP sebagai makluman kepada semua ibubapa.





Penangguhan Pembukaan Sekolah Sesi 2023/2024

Disember 10, 2022 Add Comment

 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penangguhan pembukan sekolah untuk sesi 2023/2024 sebagai makluman kepada ibubapa dan murid-murid.





Sehubungan itu, tarikh pembukaan sekolah sesi 2023/2024 akan bermula pada :


Kump A akan mula bersekolah: 19 Mac 2023
(Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)

Kump B akan mula bersekolah: 20 Mac 2023
(Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (KL, PUTRAJAYA & LABUAN)













Majlis Anugerah NILAM 2022

Disember 06, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Tahniah dan syabas diucapkan pada adik Kirtana Jayaganesh yang telah menerima anugerah NILAM dalam satu majlis yang dianjurkan oleh MBPJ dan PPD Petaling Utama dengan kerjasama Petaling Jaya Learning City.


ACARA: MAJLIS ANUGERAH NILAM 2022

TARIKH : 6HB DISEMBER 2022

TEMPAT : DEWAN SIVIK, MBPJ




Majlis Perasmian & Menandatangani LoU National Primary SPODEC 2022

Disember 05, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


MAJLIS : PERASMIAN & MENANDATANGANI LOU NATIONAL PRIMARY SPODEC 2022

TARIKH : 4-6 DISEMBER 2022

TEMPAT : HOTEL THE EVERLY , PUTRAJAYA


Program SPODEC merupakan program pembangunan sukan pertama peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh sekolah di Putrajaya ini. Program ini melibatkan penyertaan dari 38 buah sekolah dari 5 buah negeri.


Terdapat 3 bidang sukan yang menjadi fokus utama, iaitu bola tampar, bola jaring dan bola baling. Tahniah sekali lagi kepada sekolah yang telah memilih untuk menyertai program ini. Justeru, program SPODEC diharap dapat melahirkan pelapis-pelapis dalam sukan terutama bola tampar, bola jaring dan bola baling.


Pihak sekolah melalui wakilnya, Guru Besar Pn. Sabariah berbesar hati telah menghadiri majlis ini bagi menyaksikan perasmian serta menandatangani LoU.










Penyerahan Geran Komuniti Daripada Datuk Bandar Petaling Jaya

Disember 03, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baru-baru ini, SKJS (1) telah menerima Geran Komuniti untuk projek Taman Sumber dan Hidroponik dari pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ). Penyerahan 'mock cheque' disampaikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya dan diterima oleh Guru Besar, Pn. Sabariah.


Tahniah buat SKJS (1) dan seribu penghargaan kepada guru-guru yang telah menyiapkan kertas kerja projek serta AJK PIBG terutama En. Jayaganesh yang telah memperkenalkan geran komuniti ini kepada pihak sekolah.