Rabu, 30 Mei 2018

Program Iftar Jam'ie 2018 Bersama Ibubapa & Warga SKJS(Satu)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramadan yang kunjung tiba buat sekian kalinya menjanjikan barakah buat kita semua. Ketibaannya memang ditunggu oleh seluruh umat Islam kerana Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan ketenangan dan keharmonian.

Justeru, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SK Jalan Selangor (Satu)  telah mengaturkan beberapa program bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar, para guru dan kakitangan menjalani ibadah puasa dengan lebih bersemangat dan penuh ketakwaan.

Antaranya, Program Iftar Jam'ie yang telah selamat berlangsung baru-baru ini. Syukur alhamdulillah sambutan majlis berbuka puasa ini berjalan lancar dan dipermudahkan.

Selasa, 22 Mei 2018

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Berikut dilampirkan jadual peperiksaan pertengahan tahun bagi Tahap 1 & Tahap 2 sebagai makluman untuk ibubapa dan murid-murid. 

Sila rujuk jadual di bawah



TAHAP 1



TAHAP 2

Isnin, 21 Mei 2018

Program Tanganku Bersih


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pengenalan

Kebersihan diri merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Sikap menjaga kebersihan ini perlu dipupuk dari kecil lagi. Kebersihan tangan khususnya sangat penting. Kebersihan tangan perlu dijaga untuk mengelakkan dari pelbagai jenis penyakit. Maka, pendedahan tentang kebersihan tangan haruslah ditekankan dalam kalangan murid.

PROGRAM : TANGANKU BERSIH
TARIKH : 17HB MEI 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)
ANJURAN : UNIT 3K (UNIT KESIHATAN)
PESERTA : SEMUA MURID SKJS(1)

Rasional

Kebersihan tangan menjamin kesihatan yang sejahtera dalam kalangan murid. Menanam sikap menjaga kebersihan sangat penting dan perlu disemaikan dalam kalangan murid supaya sentiasa mengamalkannya tidak kira di sekolah atau di rumah dan di mana-mana sahaja.


Objektif Program
  • Murid dapat menjaga kebersihan tangan selepas menggunakan tandas, mencuci tangan sebelum dan selepas makan
  • Mencuci tangan dengan cara yang betul
  • Memupuk nilai murni dalam kalangan murid iaitu kebersihan diri.



Rabu, 16 Mei 2018

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadan 1439H/2018M


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pengumuman tarikh mula berpuasa telah pun diumumkan malam kelmarin, dan di sini seluruh AJK PIBG SKJS(1) ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SELURUH WARGA SKJS(1) YANG BERAGAMA ISLAM.

Semoga, anak-anak kita dipermudahan segalanya, kuat dan bersemangat untuk berpuasa di bulan Ramadan. 


Raikan Guru Sempena Hari Guru 2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Tarikh 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh istimewa bagi warga  pendidik seluruh negara kerana pada hari tersebut adalah Hari Guru peringkat kebangsaan.

Sek. Keb Jalan Selangor (Satu) tidak ketinggalan meraikan guru-gurunya sempena Hari Guru pada Isnin lepas dengan pelbagai aktiviti menarik dan jamuan makan sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan usaha mereka mendidik anak-anak kita di sekolah. 

Untuk makluman, tema Hari Guru bagi tahun 2018 ialah 'Guru Pemacu Transformasi Pendidikan'. 

MAJLIS : SAMBUTAN HARI GURU 2018 SKJS(1)
TARIKH : 14 MEI 2018
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD


Khamis, 10 Mei 2018

Makluman Cuti Kelepasan Am Tambahan Sempena Keputusan PRU14


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Adalah diumumkan bahawa 10hb dan 11hb Mei 2018 merupakan Hari Cuti Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh negara sempena keputusan PRU14.

Sehubungan itu, satu surat kenyataan media rasmi telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara untuk makluman semua.

Persekolahan akan bermula pada 14hb Mei 2018 dan murid-murid dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa.

Untuk makluman juga, kelas ganti yang dijadualkan pada 12hb Mei ini ditangguhkan ke satu tarikh yang lain yang akan diberitahu nanti.


Isnin, 7 Mei 2018

Kemeriahan Kejohanan Bowling Guru & Ibubapa SKJS(1) Di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada hari Sabtu yang lepas, telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Bowling Guru & Ibubapa bertempat di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid. Acara yang julung-julung kali diadakan atas inisiatif PIBG & para guru SKJS(1) ini telah berjaya menarik penyertaan ibubapa yang sangat sporting dan tinggi semangat kesukanan.

Di samping itu, tujuan utama acara bowling ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah silaturrahim antara ibubapa dan para guru dalam suasana lebih santai dan mesra.

ACARA : KEJOHANAN BOWLING GURU & IBUBAPA SKJS(1)
TARIH : 5HB MEI 2018
MASA : 3.30PM - 5.30PM
TEMPAT : SUNWAY MEGA LANES, SUNWAY PYRAMID
PENYERTAAN : IBUBAPA & GURU-GURU SKJS(1)

Jumaat, 4 Mei 2018

Makluman Cuti Berganti Sempena Sekolah Menjadi Pusat Mengundi PRU14


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Untuk makluman ibubapa, sekolah akan mula bercuti pada tarikh 8hb Mei sehingga 9hb Mei 2018 kerana  SKJS(1) akan menjadi pusat mengundi bagi Pilihanraya Umum (PRU14).

Sehubungan itu, satu surat makluman telah dikeluarkan oleh pihak sekolah beserta dengan tarikh sekolah ganti untuk 8hb Mei.






Disediakan oleh: Hanim Hashim