Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2020

November 26, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari Orientasi Tahun 1 merupakan program tahunan sekolah yang diadakan setiap kali menerima kemasukan murid Tahun 1. Bagi SK Jalan Selangor (Satu), Hari Orientasi Tahun 1 telah pun berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu yang lepas di Dewan Zamrud.

PROGRAM : HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2020
TARIKH : 23 NOVEMBER 2019 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)

Sementara murid-murid beratur dan dibawa mengelilingi sekolah dan kemudian ke kelas, ibubapa diberikan taklimat tentang kaedah pembelajaran serta tayangan video tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di dalam Dewan.

Ini bagi memberi pemahaman kepada ibubapa tentang program PBD dengan lebih jelas. Selain itu, ibubapa dapat mengenal sekolah ini dan guru-gurunya dengan lebih baik bagi mewujudkan hubungan komunikasi dua hala yang efisien.

Selain sesi taklimat, ibubapa juga telah membuat pembayaran yuran dan penyemakan fail di bilik darjah murid-murid Tahun 1.


Sanjungan Budi Lambaian Kasih | Majlis Perpisahan Cikgu Syafiqah dan Cikgu Siti Nazirah

November 26, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan sejahtera

Di hari terakhir sesi persekolahan 2019 bersamaan dengan 22 November 2019, satu majlis perpisahan buat Cikgu Syafiqah dan Cikgu Siti Nazirah telah diadakan di Dewan Zamrud bersama guru-guru dan semua murid.

Untuk makluman, Cikgu Siti Nazirah akan bertukar ke sebuah sekolah di Kuala Lumpur, manakala Cikgu Syafiqah akan berpindah ke Melaka.


Penyampaian Penghargaan Kepada Murid Cemerlang UPSR 2018

November 19, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di majlis Hari Anugerah Cemerlang 2019 baru-baru ini, tiga orang bekas pelajar SK Jalan Selangor (Satu) telah menerima hadiah penghargaan dari pihak sekolah atas kecemerlangan mereka dalam keputusan UPSR 2018. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar, Pn. Norliza Mohd. Yusoff.


Hanina Fashahah Binti Mohamad Zainurin, 6A

Hari Anugerah Cemerlang 2019 & Penyampaian Sijil Tamat Tahun 6

November 18, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kemuncak program sekolah diteruskan lagi dengan Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2019 & Penyampaian Sijil Tamat Sekolah Tahun 6 pada pertengahan bulan November. 

Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar, Pn. Norliza Yusoff dan diserikan dengan kehadiran jemputan VIP yang turut menyaksikan anak-anak cemerlang menerima sijil dan hadiah di atas keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan akhir tahun.

PROGRAM : MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG 2019 & PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT TAHUN 6
TARIKH : 13 NOVEMBER 2019
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 8.30 PAGI SEHINGGA 12.30 TENGAHARI


Tarikh Rasmi Semakan Keputusan UPSR 2019

November 12, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung tarikh rasmi bagi semakan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019. Selain keputusan UPSR, ibubapa juga boleh menyemak keputusan bagi Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) 2019 bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran pada tarikh yang sama.

Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka

November 11, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru ini sekolah telah mengadakan satu program lawatan sambil belajar ke Melaka yang disertai oleh 40 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Semua murid yang terlibat telah berkumpul di sekolah seawal jam 7 pagi dan bertolak dengan bas pada jam 8 pagi.

Lawatan 2 hari 1 malam ini turut membawa murid ke destinasi menarik dan bersejarah di Melaka yang menjadi simbol kebanggaan rakyat Malaysia.

PROGRAM : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA
TARIKH : 7 & 8 NOVEMBER 2019
PESERTA : 40 ORANG MURID 
GURU PENGIRING : CIK SIVAJOTHI, PN. SITI NAZIRAH, CIK ROZITA & SIR RAJ

Objektif Program :
  1. Memberi pendedahan mengenai sejarah Melaka
  2. Memberi peluang kepada murid-murid untuk melihat secara dekat bahan-bahan peninggalan sejarah negara
  3. Memberi kesedaran kepada murid-murid mengenai nikmat kebebasan dari cengkaman penjajah
  4. Supaya murid-murid berkongsi pengalaman lawatan dengan murid yang lain.

[Video] Sambutan Hari Kanak-Kanak 2019

November 07, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bersempena dengan bulan Hari Kanak-Kanak, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dan ibubapa telah meraikan semua murid dalam satu sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah. Setiap tahun, Hari Kanak-Kanak disambut pada 20 November.

Tema pakaian untuk Hari Kanak-Kanak pada tahun ini ialah tema Arab. Untuk itu, semua murid dan guru digalakkan memakai pakaian ala Arab bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut. 

PROGRAM : SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2019
TARIKH : 6 NOVEMBER 2019 (RABU)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD



Sambutan Hari Deepavali 2019

November 05, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sebagai sebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum dan hidup dalam harmoni, perpaduan antara kaum dipupuk melalui sambutan hari perayaan. Untuk itu, pihak sekolah tidak ketinggalan meraikan sambutan hari Deepavali bersama-sama guru dan murid-murid.

Semua murid digalakkan memakai pakai tradisional kaum India disamping dapat menikmat juadah makanan yang disediakan secara potluck oleh ibubapa murid-murid. 

PROGRAM : SAMBUTAN HARI DEEPAVALI 2019
TARIKH : 1 NOVEMBER 2019 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
TEMA PAKAIAN : PAKAIAN TRADISIONAL MENGIKUT KAUM MASING-MASING