Program Makanan Sihat

Februari 29, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Pengelola : Bahagian Hal Ehwal Murid (HEM)
Anjuran : Unit 3K
Matlamat : Murid-murid dapat mengamalkan pemakanan yang berkualiti dan bernutrisi yang diperlukan tubuh badan untuk sihat.

PROGRAM : MAKANAN SIHAT 
TARIKH : 28 FEBRUARI 2020 (JUMAAT )
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 7.30 AM - 9.00 AM
PENYERTAAN : MURID-MURID SKJS(1) TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

Ceramah pemakanan sihat disampaikan oleh Sir Raj.


Kejohanan Merentas Desa 2020

Februari 29, 2020 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setiap tahun, program merentas desa peringkat sekolah menjadi antara agenda sukan sekolah yang wajib bagi melahirkan pelajar sihat dan cergas. Tahun ini, acara merentas desa bagi Tahap 2 dan sukaneka bagi murid-murid Tahap 1 telah pun selamat diadakan pada minggu lepas.

ACARA : PROGRAM MERENTAS DESA 2020
TARIKH : 28 FEBRUARI 2020 (JUMAAT)
TEMPAT : KAWASAN SEKOLAH

Program dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan iaitu senamrobik beramai-ramai. Kemudian, peserta bersedia untuk larian merentas desa, sementara murid-murid Tahun 1 & 2 bersedia untuk bersukaneka.


Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber 2020

Februari 26, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

ACARA : MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS & PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI 2020
TARIKH : 24 FEBRUARI 2020
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD 

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber bagi sesi 2020. Majlis turut menyaksikan penyerahan sijil pelantikan yang disampaikan oleh Penolong Kanan 1, Puan Junaidah.

Selepas penyerahan sijil, semua murid membacakan ikrar pelantikan bersama-sama.

Program Jaya Waris Tahun 6

Februari 22, 2020 Add Comment
Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Demi membentuk pemuafakatan antara ibubapa calon UPSR 2020 dengan pihak sekolah, satu program khas telah diadakan untuk pelajar Tahun 6 ini memberi ruang kepada ibubapa/penjaga mengetahui dengan lebih mendalam tentang pencapaian akademik anak-anak serta matlamat yang boleh dicapai untuk UPSR tahun ini.

PROGRAM : PROGRAM JAYA WARIS TAHUN 6
TARIKH : 21 FEBRUARI 2020 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD



Notis Jemputan Ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47

Februari 20, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Semua ibubapa murid SK Jalan Selangor (Satu) dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG sekolah kali ke 47 yang akan diadakan pada 7hb Mac 2020 bertempat di Dewan Zamrud. Satu surat jemputan yang disertakan dengan Borang Jawapan dan Notis Usul telah diberikan kepada anak-anak pada pertengahan bulan Februari untuk diserahkan pada ibubapa dan diisi berkenaan apa-apa usul tentang sekolah dan murid.

TARIKH : 7 MAC 2020 (SABTU)
MASA : 83.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD




Majlis Permuafakatan Program Jom Ke Sekolah

Februari 19, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu majlis pelancaran pemuafakatan KPM & PDRM telah diadakan di sekolah baru-baru ini. Majlis tersebut berlangsung dengan kehadiran wakil dari PDRM bagi merasmikan 

PROGRAM : MAJLIS PEMUAFAKATAN KPM & PDRM (PROGRAM JOM KE SEKOLAH)
TARIKH : 17 FEBRUARI 2020 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD


Lambaian Kasih | Majlis Perpisahan Cikgu Khairee

Februari 08, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada awal bulan Februari, satu majlis perpisahan untuk cikgu Khairee telah diadakan di Dewan Zamrud bersama guru-guru dan murid-murid. Cikgu Khairee merupakan Penolong Kanan 1 di SKJS(1) 

Untuk makluman, cikgu Khairee akan berpindah ke Pahang untuk meneruskan bakti dan khidmat beliau disana.

MAJLIS : LAMBAIAN KASIH, BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG
TARIKH : 3 FEBRUARI 2020 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD


Kejohanan Bola Jaring MSSD Petaling Utama 2020

Februari 07, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru ini pasukan sekolah telah menyertai Kejohanan Bola Jaring MSSD Peringkat Petaling Utama. 


PERTANDINGAN : KEJOHANAN BOLA JARING MSSD

PERINGKAT : DAERAH PETALING UTAMA
TARIKH : 4 FEBRUARI 2019 (SELASA)
TEMPAT : SK BANDAR UTAMA DAMANSARA 4
GURU PENGIRING : PN. ROKIAH




Cuti Perayaan Sempena Thaipusam

Februari 06, 2020 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Berikut dilampirkan surat makluman pemberitahuan tarikh mula bercuti sempena perayaan Thaipusam. 



7 Februari 2020 
(Jumaat)
CUTI SEKOLAH

8 Februari 2020 
(Sabtu)
CUTI UMUM


Sekolah akan dibuka semula pada 10 Februari 2020 bersamaan dengan hari Isnin. 






Minggu Transisi Tahun 1

Februari 05, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada awal bulan Januari, murid-murid Tahun 1 telah selamat menjalani program Transisi Tahun 1 dengan jayanya. Program yang berlangsung lebih dua minggu ini telah mendedahkan murid-murid Tahun 1 dengan peraturan sekolah dan pembelajaran dalam bilik darjah.

PROGRAM : MINGGU TRANSISI TAHUN 1
TARIKH : 2HB SEHINGGA 22HB JANUARI 2020
PENGLIBATAN : MURID TAHUN 1