Khamis, 30 Ogos 2018

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 61


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Warga sekolah SK Jalan Selangor (Satu) ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 61 kepada semua murid-murid, ibubapa dan seluruh rakyat Malaysia.

Sambutlah hari yang penuh bersejarah ini dengan penuh kesyukuran dan perpaduan sesama kita. Moga Malaysia terus maju, aman, bersatu padu dan makmur hendaknya.


#SayangiMalaysiaku
#KitaPunya
#Merdeka2018
#Merdeka61

Isnin, 27 Ogos 2018

Program UM Cares


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu lepas telah berlangsungnya Program UM Cares yang dianjurkan oleh Universiti Malaya. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 4 & Tahun 5 yang turut didedahkan dengan pengetahuan berkenaan dengan haiwan-haiwan pembawa penyakit seperti nyamuk aedes, lalat hitam dan kutu.

PROGRAM : UM CARES
TARIKH : 16 OGOS 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : FAKULTI SAINS BIOLOGI, UNIVERSITI MALAYA
MASA : 8.00PAGI HINGGA 4.00PETANG
PESERTA : 30 ORANG PELAJAR


Isnin, 20 Ogos 2018

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61, Panitia Sejarah telah mengadakan majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah.

PROGRAM : MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
TARIKH : 17HB OGOS 2018
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
PENYERTAAN : MURID TAHUN 1 HINGGA 6

Dengan tema 'Sayangi Malaysiaku' yang menjadi tema kebangsaan tahun ini, majlis pelancaran turut diserikan dengan persembahan gimik dari murid-murid TKRS dan sketsa pendek serta nyanyian lagu patriotik beramai-ramai.

Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan oleh Pen. Kanan 1, Cikgu Khairee

Selasa, 14 Ogos 2018

Pertandingan Boria & Sajak Peringkat Negeri Selangor 2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Selangor 2018, SKJS(1) telah menghantar peserta bagi mewakili sekolah dalam 2 kategori pertandingan. Pertandingan tersebut ialah boria dan deklamasi sajak.

Program : Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah 2018 (PPDa)
Peringkat : Negeri Selangor
Tarikh : 11hb Julai 2018 (Sabtu)
Tempat : SMK Setia Alam, Selangor
Peserta : Boria (Murid Tahun 4&5) & Sajak (Adik Nadiah Bt Zamri Tahun 5)



Isnin, 13 Ogos 2018

Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar (Alumni) SKJS(1) Bil.1/2018



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Seperti yang dirancang pihak sekolah, minggu lepas telah berlangsungnya majlis perjumpaan bekas-bekas pelajar SK Jalan Selangor (Satu) di sekolah. 

Tarikh : 11 Ogos 2018
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi


Tempat : Dewan Zamrud


Rabu, 8 Ogos 2018

Kesedaran Terhadap Jenayah Siber Di Kalangan Generasi Muda


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kecanggihan teknologi dan capaian internet yang tiada batasan menjadikan generasi muda terutama kanak-kanak dan remaja begitu mudah terdedah kepada risiko menjadi mangsa jenayah siber. 

Mengikut statistik yang pernah dilaporkan dalam artikel berita tempatan, sebanyak 70% pelajar sekolah telah terbabit dengan jenayah siber. Peratusan yang membimbangkan ini menunjukkan kurangnya pemahaman dan pendedahan pelajar terhadap dunia tanpa sempadan.


sumber : utusan online

Selasa, 7 Ogos 2018

Semak Penempatan Tahun 1 & Prasekolah Sesi 2019


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEMAK PENEMPATAN TAHUN 1 SESI 2019

Makluman kepada ibubapa yang mempunyai anak bakal bersekolah di darjah 1 tahun 2019, semakan untuk penempatan Tahun 1 sesi 2019 boleh disemak mulai 1hb Ogos 2018. 

Bagi sebarang rayuan penempatan, ibubapa boleh mula memohon dari 1hb Ogos sehingga 31hb Ogos 2018.



SEMAK PENEMPATAN PRASEKOLAH SESI 2019

Semakan penempatan bagi prasekolah boleh disemak mulai 5hb Ogos 2018. Sementara rayuan penempatan prasekolah sesi 2019 boleh dimohon mulai 5hb Ogos hingga 20hb Ogos 2018.