Majlis Terima Kasih Guru Praktikum

Mac 19, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru ini guru-guru praktikum di sekolah telah menjalankan satu projek taman herba di sekolah. Lokasi taman herba terletak di tepi dewan, dan beberapa jenis tumbuhan herba telah ditanam disitu.

Warga SKJS(1) turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru praktikum yang telah pun selesai menjalani praktikal di sekolah. Untuk itu,s atu majlis terima kasih telah diadakan bagi meraikan guru-guru praktikum yang telah membantu sekolah.

MAJLIS TERIMA KASIH GURU PRAKTIKUM
TARIKH : 15 MAC 2019 (JUMAAT)
TEMPAT : BILIK MAKAN GURU, SKJS(1)



Bengkel Teknik Menjawab Kertas Bahasa Inggeris UPSR

Mac 15, 2019 Add Comment

Asslamualaikum dan selamat sejahtera

Pelajar-pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini mendapat bimbingan dan tips melalui bengkel teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris. Ceramah disampaikan oleh 2 orang guru yang berpengalaman.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA INGGERIS UPSR
Anjuran : Kelab Panitia Bahasa Inggeris
Penceramah 1 : Cik Vanida Muniandy (Guru BI SKJS(1))
Penceramah 2 : Pn Santhy Vadiveloo (Guru BI SK Sri Petaling)



AJK PIBG SKJS(1) 2019/2021

Mac 14, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pemilihan barisan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2019/2021 telah pun dibuat baru-baru ini melalui Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46. Tahun ini, pemilihan AJK baru adalah gabungan muka-muka lama dan baru dan diharapa dapat memberikan kerjasama padu dan komitmen yang baik kepada pihak sekolah.


Barisan AJK PIBG 2019/2021

Pelancaran Minggu Matematik

Mac 13, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Panitia Matematik telah melancarkan Minggu Matematik dengan motonya 3M iaitu :

Matematik Memang Mudah

PROGRAM : PELANCARAN MINGGU MATEMATIK
TARIKH : 11 MAC 2019 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
ANJURAN : PANITIA MATEMATIK



Pelancaran Program Nilam 2019

Mac 12, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bagi memupuk sikap suka membaca di kalangan murid-murid dan menggalakkan pemikiran secara kritis dan kreatif melalui pembacaan, Program Nilam 2019 telah dilancarkan baru-baru ini oleh Penolong Kanan 1, En. Mohd Khairee. 

Beberapa aktiviti akan dilaksanakan sepanjang Program Nilam ini berlangsung. Murid-murid dari Tahun 1 sehingga Tahun 6 telah mengambil bahagian dalam program ini.

PROGRAM : PROGRAM NILAM 2019
TARIKH : 8 MAC 2019 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
PENGLIBATAN : MURID TAHAP 1 & 2


Anugerah Pembestarian Sekolah 2018 (APS)

Mac 11, 2019 Add Comment

Assalamulaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru ini sekolah telah terpilih memenangi Anugerah Pembestarian Sekolah 2018 Kategori Pengurusan Makmal Komputer di SAM Bestari, Subang Jaya. SK Jalan Selangor (Satu) adalah antara 8 buah sekolah yang berjaya ke peringkat negeri dan mewakili PPD Petaling Utama.

Turut hadir sama di majlis penganugerahan tersebut ialah, Cikgu Sarvana Raj dan Guru Besar, Pn. Norliza Mohd Yusoff.

MAJLIS : ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH 2018
TARIKH : 6 MAC 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI, SUBANG JAYA
KATEGORI : PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER 


Program Jaya Waris Tahun 6

Mac 08, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Demi membentuk pemuafakatan antara ibubapa calon UPSR 2019 dengan pihak sekolah, Program Jaya Waris Tahun 6 telah diadakan atas inisiatif Unit Kurikulum dan Unit Bimbingan & Kaunseling. 

Program khas untuk pelajar Tahun 6 ini memberi ruang kepada ibubapa/penjaga mengetahui dengan lebih mendalam tentang pencapaian akademik anak-anak serta matlamat yang boleh dicapai untuk UPSR tahun ini.

PROGRAM : PROGRAM JAYA WARIS TAHUN 6
TARIKH : 7 MAC 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
ANJURAN : UNIT KURIKULUM DAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
PENGLIBATAN : PELAJAR TAHUN 6 DAN IBUBAPA/PENJAGA
PENCERAMAH JEMPUTAN : En. Norselin Bin Abd. Wahab, Kaunselor dari IPGKBM, Kuala Lumpur

Objektif :
  1. Membolehkan para waris berbincang tentang pencapaian akademik anak-anak mereka
  2. Memberikan motivasi kepada murid Tahun 6 untuk berusaha dengan lebih tekun dalam meningkatkan prestasi akademik mereka
  3. Memberi ruang kepada para waris mendengar permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak mereka semasa berada di sekolah
  4. Membentuk permuafakatan yang jitu dan kukuh anatara ibubapa calon UPSR 2019 dengan pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi akademik anak-anak mereka.

Mesyuarat Agung PIBG SKJS(1) Kali Ke-46

Mac 05, 2019 2 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mesyuarat Agung PIBG SKJS(1) telah pun selamat berlangsung pada minggu lepas. Selain membincangkan isi kandungan minit mesyuarat dan usul/cadangan dari ibubapa, mesyuarat kali ini turut memilih barisan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2019/2021.

Pendaftaran ibubapa dibuat seawal jam 8.00 pagi, dan majlis bermula pada jam 9.00 pagi.

MAJLIS : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46
TARIKH : 2 MAC 2019 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 9.00 PAGI - 12 TGHARI


Enrolmen Murid 2019

Enrolmen Murid 2019

Mac 04, 2019 Add Comment



Data enrolmen murid SKJS(1) sehingga 2 Mac 2019 adalah seperti berikut :


Tahun 1 - 26 orang murid

Tahun 2 - 31 orang murid

Tahun 3 - 27 orang murid 

Tahun 4 - 19 orang murid

Tahun 5 - 24 orang murid

Tahun 6 - 19 orang murid


Jumlah semua = 146 orang murid*




data mungkin berubah dari masa ke semasa kerana pertukaran keluar dan masuk pelajar


Disediakan oleh : Hanim Hashim

Program Pengukuhan Diri Tahun 6

Mac 02, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Peperiksaan UPSR bakal menjelang, dan untuk itu satu program pengukuhan diri untuk pelajar-pelajar Tahun 6 telah diadakan di sekolah bagi mempersiapkan mereka dari segi motivasi dan semangat.

PROGRAM : PENGUKUHAN DIRI TAHUN 6
TARIKH : 1 MAC 2019 (JUMAAT)
TEMPAT : BILIK FROG
PENGLIBATAN : SEMUA MURID TAHUN 6
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DAN PANITIA P. ISLAM