Rabu, 31 Oktober 2018

Minggu Kokurikulum - Futsal


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Peperiksaan Akhir Tahun telah pun berakhir, program sekolah diteruskan dengan Minggu Kokurikulum yang bermula dari 29 Oktober sehingaa 2 November 2018.

Pelbagai aktiviti dan permainan telah dirancang sepanjang minggu untuk murid-murid Tahap 2, antaranya perlawanan futsal.

PROGRAM : MINGGU KOKO
AKTIVITI : FUTSAL
TARIKH : 30 OKTOBER 2018 (SELASA)
TEMPAT : GELANGGANG SUKAN SKJS(1)
PENGLIBATAN : MURID-MURID TAHAP 2



Isnin, 29 Oktober 2018

Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform 2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Minggu lepas, pihak sekolah telah mengadakan program perkhemahan unit badan beruniform untuk Tahun 4,5 & 6 di sekolah. Perkhemahan selama 2 hari 1 malam telah mendapat sambutan yang baik di kalangan pelajar. Ia telah diadakan di SKJS(1) dibawah unit kokurikulum sekolah.

PROGRAM : PERKHEMAHAN UNIT BADAN BERUNIFORM
TARIKH : 26 & 27 OKTOBER 2018 (JUMAAT & SABTU)
TEMPAT : SK JALAN SELANGOR (1)


Jumaat, 26 Oktober 2018

PASCA UPSR | MASAK TANPA DAPUR


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aktiviti Pasca UPSR diteruskan dengan aktiviti memasak tanpa dapur oleh guru dan pelajar Tahun 6. 


Khamis, 18 Oktober 2018

PASCA UPSR | MODEL GUNUNG BERAPI


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Satu projek menghasilkan model gunung berapi telah berlangsung di sekolah pada 17hb Oktober 2018, disertai oleh pelajar-pelajar Tahun 6. Projek model gunung berapi ini dianjurkan oleh Panitia Sains.

Rabu, 17 Oktober 2018

PASCA UPSR | Seni & Kreativiti


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan khusus untuk para pelajar Tahun 6 yang telah selesai menduduki UPSR September lepas. Antara aktiviti yang diadakan adalah dari Panitia Seni Visual. Minggu ini para pelajar telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan sudu plastik mengikut kreativiti masing-masing.



Selasa, 16 Oktober 2018

HARI SUKAN NEGARA 2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu lepas telah berlangsungnya aktiviti sukan bersempena dengan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan. Warga SK Jalan Selangor (Satu) tidak ketinggalan menyahut seruan sihat dengan mengadakan aktiviti kesihatan dan kecergasan untuk murid-murid dan guru-guru yang terlibat.

PROGRAM : HARI SUKAN NEGARA 2018
TARIKH : 13HB OKTOBER 2018 (SABTU)
TEMPAT : SK JALAN SELANGOR (SATU)
MASA : 7.30PAGI HINGGA 10.15PAGI
PENGLIBATAN : MURID-MURID TAHAP 2 


Isnin, 1 Oktober 2018

Kem Bestari Solat (j-Qaf) Kali Ke-2


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Program Kem Bestari Solat yang pertama telah dijalankan di sekolah pada minggu lepas dengan penglibatan pelajar-pelajar Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

PROGRAM : KEM BESTARI SOLAT
TARIKH : 29 SEPTEMBER 2018
MASA : 7.30PAGI - 2.30PETANG
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD , SKJS(1)
PENGLIBATAN : PELAJAR-PELAJAR ISLAM DARI TAHUN 1-6
GURU : USTAZAH HINDUN