Selasa, 27 Mac 2018

Slot Motivasi Mingguan Tahun 6 (3)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


PROGRAM : SLOT MOTIVASI MINGGUAN
TARIKH : 27 MAC 2018
TEMPAT : KELAS 6 SIANTAN, SKJS(1)
MOTIVATOR : GURU BESAR, CIKGU RAZWAN
Slot motivasi ini dijalankan selama 30 minit telah bermula pada bulan Februari sehingga September 2018, dan dikendalikan sendiri oleh Guru Besar, En. Razwan Mohd Zin.

Objektif 
  • Memberi motivasi kepada calon UPSR
  • Berkongsi teknik belajar yang berkesan
  • Teknik menjawab kertas peperiksaan
  • Persediaan dari aspek emosi dan rohani ditekankan


Sabtu, 17 Mac 2018

Perubahan Jadual Waktu Kelas 2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat perubahan pada jadual waktu kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 bermula pada 26 Mac 2018.

Mohon pelajar-pelajar menggunakan jadual waktu kelas yang baru.


1 CEMPAKA


Selasa, 13 Mac 2018

Makluman Mesyuarat AJK PIBG Bil. 1/2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Makluman kepada semua AJK Ibubapa & AJK Guru untuk menghadirkan diri pada satu mesyuarat AJK PIBG seperti yang dilampirkan dalam surat jemputan.



Disediakan oleh : Hanim Hashim

Jumaat, 9 Mac 2018

Makluman Kelas Tambahan 10 Mac 2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Makluman buat semua ibubapa/penjaga, kelas tambahan minggu ini 10 Mac 2018 akan dibatalkan kerana guru-guru terlibat dengan kursus. 

Tarikh baru akan diberitahu kelak oleh guru masing-masing. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Disediakan oleh : Hanim Hashim

Khamis, 8 Mac 2018

Slot Motivasi Mingguan Tahun 6 (2)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


PROGRAM : SLOT MOTIVASI MINGGUAN
TARIKH : 6 MAC 2018
TEMPAT : KELAS 6 SIANTAN, SKJS(1)
MOTIVATOR : CIKGU KHAIREE (menggantikan GB)


Slot motivasi ini dijalankan selama 30 minit telah bermula pada bulan Februari sehingga September 2018, dan dikendalikan sendiri oleh Guru Besar, En. Razwan Mohd Zin.

Objektif 
  • Memberi motivasi kepada calon UPSR
  • Berkongsi teknik belajar yang berkesan
  • Teknik menjawab kertas peperiksaan
  • Persediaan dari aspek emosi dan rohani ditekankan


Selasa, 6 Mac 2018

Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Daerah Petaling Utama


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Tiga orang pelajar kita telah mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita (story telling) dan deklamasi sajak (poetry) sempena Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Daerah Petaling Utama.

Adik Sharannia A/P Anandan bertanding dalam pertandingan Story Telling manakala adik Nadiah Zamri & Nadja Adriana Adnan bertanding dalam pertandingan Deklamasi Sajak.

AKTIVITI : KARNIVAL BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH
TARIKH : 5 MAC 2018
TEMPAT : SJK (C) PUAY CHAI 2, BANDAR UTAMA
WAKIL SEKOLAH : 3 ORANG PELAJAR


Jumaat, 2 Mac 2018

Jadual Ujian Bulanan 1


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Berikut dilampirkan JADUAL UJIAN BULANAN 1 untuk murid-murid Tahap 1 & 2 sebagai makluman untuk ibubapa dan murid-murid.




Disediakan oleh : Hanim Hashim

Khamis, 1 Mac 2018

BENGKEL SIFIRIA - Penyelesaian Tanpa Hafalan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Baru-baru ini pihak sekolah telah menjemput SIFIRIA CARE LEARNING untuk berkongsi teknik dan cara penyelesaian sifir tanpa perlu menghafal. Bengkel ini telah mendapat keizinan dan persetujuan dari Guru Besar dan Panitia Matematik yang bersemangat dan bersungguh untuk membasmi buta sifir dikalangan pelajar.

PROGRAM : BENGKEL SIFIRIA
TARIKH : 27HB FEBRUARI 2018
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)
SASARAN : MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

OBJEKTIF 

Antaranya : 
  1. Menjadikan sifir satu kelaziman dalam pembelajaran dan kehidupan
  2. Menarik minat pelajar untuk lebih reaktif dalam penyelesaian
  3. Menjana dan mengaktifkan otak kiri dan kanan
  4. Memahirkan jati diri dalam penyelesaian masalah.

KUMPULAN SASARAN 

Murid Tahun 1 hingga Tahun 6

KANDUNGAN DAN METODOLOGI

Penyampaian - Jurulatih
Demonstrasi -  Teknik jari

Praktikal - Bersama pelajar