Assalamualaikum selamat sejahtera
Satu hari yang istimewa buat warga pendidik seluruh negara kerana pada tarikh 16 Mei setiap tahun, guru-guru kita akan diraikan atas pengorbanan dan penat lelah mereka dalam mendidik anak-anak kita untuk cemerlang di sekolah.
Tema Hari Guru untuk tahun ini ialah "Guru Pembina Bangsa Negara". Tugas guru sememangnya semakin mencabar di zaman ini, dimana guru-guru kita perlu mempunyai kreativiti dan inovasi untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadi lebih berkesan.
Sambutan Hari Guru di sekolah pada tahun ini turut diserikan lagi dengan pemberian hadiah dan kad ucapan dari murid-murid untuk guru-guru yang amat dikasihi. Bagi memeriahkan sambutan Hari Guru, semua guru telah memakai pakaian seragam sekolah seperti murid-murid lain.