Cara Login ke FROG VLE

Januari 12, 2017



Log masuk Frog VLE 

Kini, pengguna boleh log masuk ke dalam Frog VLE menggunakan ID Yes, ID Yes tanpa domain, dan Nombor Kad Pengenalan (No.KP). Guru, murid, dan ibu bapa dapat menggunakan fungsi ini. 

Sebagai langkah keselamatan, Admin boleh log masuk ke dalam Frog VLE menggunakann ID Yes dan ID Yes tanpa domain sahaja. 


Sebagai contoh: 

● ID YES​ frogteacheradvocate@yes.my 
● ID YES tanpa domain​ frogteacheradvocate 
●NRIC​ 900101XXXXXX 


Cara Login Frog VLE

1. Klik pada ikon Frog VLE yang terletak di sidebar blog ini. Untuk makluman, url Frog VLE bagi SKJS(1) ialah https://bbb8310.1bestarinet.net



2. Masukkan ID Yes, Yes tanpa domain atau No. KP. Untuk pelajar, ID Yes telah diberikan bagi memudahkan mereka akses untuk pembelajaran. Untuk ibubapa, boleh log in menggunakan No. KP. Kata laluan adalah sama dengan pelajar. Walaubagaimanapun, jika tidak tahu,  kata laluan/password tersebut perlu diperolehi daripada guru Frog VLE sekolah.




3. Pilih akaun Frog VLE yang ingin digunakan.



Log masuk telah berjaya! Pengguna boleh mengakses Frog VLE!

Anda juga boleh mengikuti tutorial video seperti di bawah :










Sumber : frogasia.com & btp.moe.gov.my
Disediakan oleh : Hanim Hashim

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »