Slot Motivasi Tahun 6

Jun 27, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
PROGRAM : SLOT MOTIVASI MINGGUAN -Teknik Mencari Jawapan Untuk Sifir 6 hingga 10 menggunakan jari
TARIKH : 26 JUN 2018
TEMPAT : KELAS 6 SIANTAN, SKJS(1)
MOTIVATOR : GURU BESAR, CIKGU RAZWAN

Slot motivasi ini dijalankan selama 30 minit telah bermula pada bulan Februari sehingga September 2018, dan dikendalikan sendiri oleh Guru Besar, En. Razwan Mohd Zin.

Objektif 
  • Memberi motivasi kepada calon UPSR
  • Berkongsi teknik belajar yang berkesan
  • Teknik menjawab kertas peperiksaan
  • Persediaan dari aspek emosi dan rohani ditekankan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Jun 15, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, kita dapat meraikan Aidilfitri pada tahun ini. Di kesempatan ini, kami warga pendidik SK JALAN SELANGOR (SATU) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua warga SKJS(1) dan selamat bercuti.


Kredit foto : Cikgu Syafiqah

Makluman Cuti Sekolah Penggal Pertama Persekolahan 2018 Dan Hari Raya Aidilfitri 1439H

Jun 10, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan mula bercuti pada 9hb Jun sehingga 24hb Jun 2018.

Sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin bersamaan dengan 25hb Jun 2018. Berikutan itu, satu surat makluman telah pun diedarkan kepada semua murid untuk makluman ibubapa.



Di kesempatan ini, guru-guru, para pentadbir dan barisan AJK PIBG SKJS(1) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN dan SELAMAT BERCUTI kepada semua ibubapa dan murid SKJS(1) serta berhati-hati memandu ketika pulang ke kampung halaman.

Disediakan oleh : Hanim 

Pertandingan Menganyam 'Thoranam' & Menghias Rangoli Kholam

Jun 07, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu pertandingan menganyam 'Thoranam' dan menghias kholam telah dianjurkan oleh bahagian Panitia Pendidikan Moral di sekolah pada 7hb Jun 2018. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Moral Tahun 1 hingga Tahun 6.

Beberapa aktiviti telah dipertandingkan, antaranya :

  1. Pertandingan 'Thoranam' - hiasan gantungan (Tahap 1 & 2)
  2. Pertandingan Menghias Kholam (Tahap 2)
  3. Pertandingan Mewarna Rangoli Kholam (Tahap 1)

Pertandingan Menganyam 'Thoranam'


English Day Programme | Learning Grammar Is Fun

Jun 06, 2018 Add Comment

Assalamualaikum and selamat sejahtera

Since English has become our second language after Bahasa Melayu, it is important to encourage our students to take the chance to learn in the most effective way so that it will benefit them in the future.

Learning English is not merely to pass the exam, but it develops more skills involving two systems of speech, writing and structure. Therefore, the process needs to be fun and understandable by the students in order for them to gain knowledge and mastering the language correctly.