Majlis Khatam Quran Peringkat Sekolah 2018

Jun 08, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi pada tahun ini, SKJS(1) berpeluang mengadakan program tahunan majlis khatam Quran peringkat sekolah dalam bulan Ramadan yang penuh rahmat. 




Seramai 29 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 3,4,5 & 6 telah terpilih untuk mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dalam majlis ini.

PROGRAM : MAJLIS KHATAM AL QURAN
TARIKH : 7 JUN 2018 (22 RAMADAN 1439H)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS (1)
PESERTA : 29 PELAJAR Tahun 3-6











Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG SKJS(1), Pn. Hamidah yang sudi hadir menyampaikan cenderahati kepada semua peserta.

Jutaan terima kasih dan penghargaan juga diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam majlis khatam Quran pada tahun ini, moga kita dapat menghayati pengisian Al Quran dengan lebih mendalam dan menjadikan kita mukmin yang beriman dunia dan akhirat.


Disediakan oleh : Hanim Hashim

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »