Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Minggu lepas warga SKJS(1) telah mengadakan satu majlis penutupan sambutan bulan kemerdekaan 2018 di sekolah. Pelbagai aktiviti dan acara telah dipertandingkan untuk semua murid yang terlibat.
PROGRAM : MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BUKAN KEMERDEKAAN 2018
TARIKH : 21HB SEPTEMBER 2018
MASA : 7.45PAGI
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)
Makluman Kehadiran Murid Semasa Peperiksaan UPSR 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Surat makluman kehadiran murid semasa peperiksaan UPSR 2018 telah pun diedarkan kepada semua murid. Diminta ibubapa ambil maklum dengan pemberitahuan ini.
Buat murid-murid UPSR, warga sekolah SKJS(1) mengucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan lancar. Warga sekolah mendoakan agar semua urusan dipermudahkan dan semua murid UPSR beroleh kejayaan.
Sesaat Bersama Seabad Terasa | Majlis Perpisahan Guru Besar
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan. Walaupun berat untuk diterima, namun perpisahan ini tak dapat dielakkan. Minggu lepas merupakan minggu terakhir Cikgu Razwan berkhidmat sebagai Guru Besar setelah lebih kurang 2 tahun menabur bakti dan keringat di SKJS(1).
MAJLIS : SESAAT BERSAMA SEABAD TERASA (MAJLIS PERPISAHAN)
TARIKH : 30HB OGOS 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 11.00AM HINGGA 12.30TGHARI
Program Ambang Merdeka 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-61, SKJS(1) telah mengadakan beberapa aktiviti di sekolah yang melibatkan pelajar-pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
PROGRAM : AMBANG MERDEKA
TARIKH : 30HB OGOS 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD & KAWASAN SEKOLAH SKJS(1)
PENGLIBATAN : TAHAP 1 - KRAF TRADISIONAL
TAHAP 2 - JEJAK-JEJAK PATRIOTIK (ALA-ALA TREASURE HUNT)
ANJURAN : PANITIA SEJARAH, PANITIA SENI VISUAL, PANITIA BAHASA MELAYU & PANITIA BAHASA INGGERIS
TAHAP 1 - KRAF TRADISIONAL
Murid-murid Tahun 1-3 perlu menyediakan satu kraf tradisional yang melambangkan lambang/budaya hidup bermasyarakat di Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)