Sesaat Bersama Seabad Terasa | Majlis Perpisahan Guru Besar

September 04, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan. Walaupun berat untuk diterima, namun perpisahan ini tak dapat dielakkan. Minggu lepas merupakan minggu terakhir Cikgu Razwan berkhidmat sebagai Guru Besar setelah lebih kurang 2 tahun menabur bakti dan keringat di SKJS(1).

MAJLIS : SESAAT BERSAMA SEABAD TERASA (MAJLIS PERPISAHAN)
TARIKH : 30HB OGOS 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 11.00AM HINGGA 12.30TGHARI




Untuk makluman, Cikgu Razwan juga merupakan Guru Besar lelaki pertama yang berkhidmat di SKJS(1). Beliau akan berkhidmat di SK Sri Petaling bermula 3hb September 2018.  

Walaupun tempoh beliau di SKJS(1) agak singkat, namun jasa dan usaha beliau mendidik para pelajar terutama yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini sangat dihargai oleh semua terutama ibubapa.

Untuk itu, satu majlis perpisahan Sesaat Bersama Seabad Terasa telah diadakan bagi menghargai bakti Guru Besar selama berkhidmat di SKJS(1). Turut disajikan persembahan nyanyian berkumpulan oleh murid-murid Tahap 1 & Tahap 2.

Tak dilupakan pemberian hadiah oleh wakil guru-guru, PIBG, dan murid-murid. Sebagai tanda ingatan dan kenangan, sesi bergambar bersama Cikgu Razwan turut diadakan.













Kepada Cikgu Razwan, 

Warga SKJS(1) ingin mengucapkan selamat maju jaya di sekolah baru dan teruskan usaha dan bakti cikgu mendidik anak murid walau dimana jua. Warga SKJS(1) pasti akan merindui ketegasan dan keikhlasan Cikgu Razwan sebagai Guru Besar di sekolah ini. 

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »